Bukan IPTS berdaftar! KPT sahkan Network School di Forest City tiada kerjasama dengan UA

LocalPolitics
15 Jul 2026 • 9:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tampil menjelaskan status Network School di Forest City susulan isu yang tular di media sosial, termasuk pelbagai dakwaan berkaitan pengoperasiannya.

Tidak berdaftar sebagai IPTS

Dalam satu kenyataan, KPT memaklumkan bahawa Network School tidak berdaftar sebagai Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555), sekali gus tidak diiktiraf atau dikawal selia oleh kementerian.

“Network School tidak berdaftar sebagai Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] dan oleh yang demikian ia bukan merupakan sebuah Institusi Pendidikan Tinggi yang diiktiraf atau dikawal selia oleh KPT,” ujarnya.

Tiada sebarang kerjasama

KPT turut memaklumkan semakan yang dibuat mendapati tiada sebarang kerjasama, pengiktirafan atau penglibatan mana-mana Universiti Awam (UA) mahupun IPTS berdaftar dengan Network School berdasarkan rekod sedia ada.

“Hasil semakan KPT juga mendapati bahawa tiada sebarang kerjasama, pengiktirafan atau penglibatan Universiti Awam (UA) mahupun IPTS berdaftar dengan Network School berdasarkan rekod yang ada pada masa ini,”

Image from: Bukan IPTS berdaftar! KPT sahkan Network School di Forest City tiada kerjasama dengan UA

Komuniti kediaman persendirian, ruang kerja bersama

Menurut kementerian lagi, berdasarkan maklumat yang diperoleh, Network School merupakan sebuah komuniti kediaman persendirian serta ruang kerja bersama (co-working space) yang disasarkan kepada usahawan teknologi, pelabur dan pengamal syarikat pemula.

KPT turut memaklumkan bahawa isu berkenaan sedang diteliti oleh pihak berkuasa berkaitan mengikut bidang kuasa masing-masing.

“KPT akan terus memantau perkembangan isu ini dan akan memberikan kerjasama penuh kepada semua agensi penguatkuasa bagi memastikan undang-undang negara dipatuhi serta kepentingan sistem pendidikan tinggi negara sentiasa terpelihara,” jelasnya.

Image from: Bukan IPTS berdaftar! KPT sahkan Network School di Forest City tiada kerjasama dengan UA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved