Bukan jambatan awam

LocalPolitics
8 Jul 2026 • 4:16 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Bukan jambatan awam

RANAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan, Datuk Rusdin Riman, menjelaskan video tular yang memaparkan seorang murid menyeberangi jambatan buluh di Kampung Mangkelua, di sini, bukan melibatkan jambatan awam yang digunakan seluruh penduduk kampung.

Sebaliknya, beliau berkata jambatan itu dibina sendiri oleh lima keluarga yang berpindah ke tanah milik persendirian mereka berhampiran sebuah ladang kelapa sawit.

Rusdin berkata beliau telah melawat Kampung Mangkelua untuk bertemu penduduk terjejas dan meneliti langkah segera yang boleh diambil bagi meningkatkan aspek keselamatan serta kemudahan pengguna jambatan berkenaan.

Dalam lawatan itu, beliau turut meninjau sebuah penempatan sementara yang didiami salah sebuah keluarga terbabit dan menyifatkan keadaan kehidupan mereka amat menyedihkan.

Katanya, kebanyakan keluarga tersebut terpaksa berpindah selepas rumah asal mereka dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dan sehingga kini masih menunggu bayaran pampasan atau bantuan ex gratia.

“Amat menyedihkan apabila melihat sendiri keadaan mereka. Ada keluarga yang terpaksa tinggal di penempatan sementara yang masih belum siap kerana belum menerima pampasan yang diperlukan untuk membina semula rumah mereka,” katanya.

Menurut Rusdin, keadaan yang dihadapi keluarga terbabit turut menggambarkan kesukaran yang dialami ramai lagi penduduk yang terjejas akibat projek Lebuhraya Pan Borneo dan masih menunggu penyelesaian tuntutan pampasan mereka.

Beliau berkata, walaupun pembangunan infrastruktur penting bagi kemajuan jangka panjang daerah itu, kebajikan penduduk yang terkesan akibat pelaksanaan projek berkenaan perlu terus diberi keutamaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved