Jambatan Asbab Tragedi Hilang , Jambatan Uzur Tempat Jaslinda Dijumpai Akhirnya Dapat Perhatian DUN

LocalPolitics
9 Jun 2026 • 1:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Tragedi kehilangan pendaki wanita di Gunung Batu Putih baru-baru ini bukan sahaja meraih perhatian ramai, malah keadaan sebuah jambatan uzur di Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu turut menjadi bualan netizen.

Menerusi video yang tular memaparkan lokasi penemuan Jaslinda, kelihatan keadaan jambatan kayu di kawasan tersebut berada dalam keadaan uzur dan dipercayai menjadi laluan harian penduduk kampung berkenaan.

Advertisement

Rata-rata netizen berharap sebuah jambatan baharu yang lebih selamat dan kukuh dapat dibina bagi memudahkan urusan serta menjamin keselamatan penduduk setempat.

Susulan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Choong Shin Heng memaklumkan beliau akan melakukan lawatan ke kampung tersebut dalam masa terdekat bagi meninjau sendiri keadaan jambatan berkenaan.

“Saya akan turun ke kampung itu dalam sehari dua ini untuk melihat sendiri keadaan jambatan dan berbincang dengan Tok Batin mengenai keperluan sebenar penduduk,” katanya.

Image from: Jambatan Asbab Tragedi Hilang , Jambatan Uzur Tempat Jaslinda Dijumpai Akhirnya Dapat Perhatian DUNImage from: Jambatan Asbab Tragedi Hilang , Jambatan Uzur Tempat Jaslinda Dijumpai Akhirnya Dapat Perhatian DUN

Menurut beliau, sekiranya terdapat keperluan mendesak, pihaknya akan berusaha membantu mengemukakan permohonan bagi pembinaan jambatan baharu demi keselesaan dan keselamatan penduduk.

Sementara itu, Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu, Mohd Asmadi Abdullah berkata jambatan tersebut dibina kira-kira dua tahun lalu menggunakan bahan asas seperti papan dan buluh.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Faisal Halim Zaquan Adha2026-06-08 13:54:54

Faisal Halim Enggan Layan Kontroversi Zaquan Adha, Sedia Berhubung Secara Baik - "Kalau Dia Ada Masalah Dengan Saya.."

The post Jambatan Asbab Tragedi Hilang , Jambatan Uzur Tempat Jaslinda Dijumpai Akhirnya Dapat Perhatian DUN first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.