Bukan Kaleng-Kaleng! 'King Of Slow Rock' Indonesia Thomas Arya Bakal Gamatkan Konsert Millenia Live In KL

17 Oct 2023 • 5:44 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Muzik dangdut bergabung dengan rock? Macam mana tu?

Kelainan yang buat julung-julung kali dipersembahkan oleh penganjur Konsert Millenia Live In Kuala Lumpur apabila bakal menampilkan Lagendaris Rock Indonesia Thomas Arya, untuk menggamatkan lagi acara yang bakal berlangsung pada 25 November 2023 nanti.

Seperti yang dijanjikan, konsert yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam itu akan memberikan kelainan dan yang pastinya memberi kepuasan maksimum kepada para penonton.

Penganjur, Mission Sight Sdn Bhd berkata, penampilan Thomas Arya bakal mengimbangi Konsert Millenia yang dibarisi ratu-ratu dangdut dari Malaysia dan Indonesia.

“Thomas Arya sangat dikenali dengan genre slow rock tetapi dia diterbangkan khas untuk konsert dangdut. Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya kaitan slow rock dengan irama dangdut.

“Di situlah kelainan yang kami mahu tampilkan. Thomas Arya ‘King Of Slow Rock’, walaupun fortenya adalah muzik rock, namun keistimewaan beliau adalah cara nyanyian yang mempunyai cengkok dangdut. Beliau memiliki gaya berbeza, lain daripada yang lain,” kata Pengarah Urusan Mission Sight Sdn Bhd, Jeffri Yaacob.



Tomas Arya nyanyi 4 lagu!







Trivia Thomas Arya





Info Konsert Millenia



















image is not available