“Bukan kami nak selindung tapi..”- Diana Danielle Serahkan Kepada Farid Kamil Buat Pengumuman

Entertainment
15 Sep 2023 • 4:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini tular satu video memaparkan aksi mesra pelakon Diana Danielle bersama bekas suaminya aktor Farid Kamil, timbul khabar angin yang kononnya mengatakan bahawa pasangan ini sudah rujuk kembali.

Susulan itu, Diana Danielle Beeson, 32, menjelaskan bahawa dia dan Farid kini masih lagi dalam fasa memperbaiki hubungan mereka ke arah yang lebih baik.

Jelas Diana lagi, mereka juga telah memikirkan sebarang kesan yang bakal dihadapi seandainya mereka kembali bersama.

“Bukan saya nak selindung tapi kami pun mahu ambil langkah perlahan.. tapi taklah perlahan sangat.”

“Kami pun sedang memikirkan bagaimana ingin memperbetulkan kehidupan kami antara satu sama lain lagi. Apakah kebaikan dan risiko yang kami akan hadapi di masa hadapan.”

image is not available

Diana turut memaklumkan bahawa segala keputusan tentang hubungan mereka akan diumumkan oleh Farid tidak lama lagi.

“Tapi kami akan buat keputusan dalam masa terdekat, tapi nak bagi apa-apa update pada ketika ini, saya biarkan Farid yang buat. Sebab dia lelaki.”

image is not available

Untuk rekod, Diana dan Farid sah bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Kita doakan yang baik-baik untuk mereka berdua.

Sumber : mStar Online

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.