“Bukan Kamu Punya Kedai” – Wanita Berang Selepas Ditegur Bawa Anjing Masuk Pasar Raya [Video]

LocalEntertainment
3 Dec 2024 • 12:06 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Kucing dan anjing merupakan haiwan yang sering menjadi pilihan ramai untuk dipelihara kerana rupa serta sifat mereka yang comel.

Bagi kebanyakan orang, haiwan peliharaan turut dianggap seperti ‘anak’ hingga ada yang memberi layanan sama seperti anak sendiri antaranya dengan membawa mereka keluar berjalan-jalan.

Jika keluar di tempat terbuka seperti taman tidaklah menjadi satu kesalahan namun ada setengah individu yang dilihat tidak sensitif dengan membawa haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing ke kedai yang tidak sesuai.

Dukung Anjing Bawa Masuk Kedai, Wanita Berang Ditegur

Terbaharu, tular di media sosial video seorang wanita membawa anjing masuk ke sebuah kedai serbaneka.

Melalui video yang dikongsikan di akaun X @malaysiavirall, kelihatan wanita tersebut sedang mengendong anjing berwarna coklat keemasan di kaunter kedai berkenaan.

Apa yang menjadi perhatian adalah respon wanita itu selepas dia dipercayai ditegur oleh salah seorang pekerja kedai berkenaan.

“Lepas saya bayar, saya pergi. Bukan kamu punya kedai ini. Cakap-cakap mulut tak berhenti,” katanya dalam nada marah.

Dia dipercayai membalas sedemikian selepas ditegur kerana membawa haiwan tersebut masuk ke premis tersebut.

Walau bagaimanapun, tiada info lanjut seperti tarikh dan masa kejadian berkenaan yang dinyatakan menerusi hantaran tersebut.

Ada Yang Sokong Namun Ramai Yang Mempersoal

Video yang telah mendapat lebih 250,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruang balasan berkenaan, pengguna media sosial masing-masing mempunyai pendapat sendiri apabila melihat situasi sedemikian.

Ada yang merasakan tindakan wanita itu tidaklah menjadi satu kesalahan memandangkan dia mengendong haiwan berkenaan dan tidak membiarkan ianya bebas.

Namun, ada juga yang merasakan ia satu kesalahan malah dianggap tidak sensitif oleh pengguna media sosial apatah lagi premis berkenaan turut dikunjungi oleh pelanggan lain.

Berikut antara komen pengguna X:

“Takkan Tak Tahu Tempat Macam Ni Tak Sesuai, Lagi Nak Marah Pekerja Pula, Dia Ikut SOP”

image is not available

“Mesti Ada Sebab Staff Tegur”

image is not available

“Di Taiwan, Kalau Masuk Kedai Kena Letak Dalam Pet Sroller, Tak Boleh Dikeluarkan Dari Stroller”

image is not available

“Tak Salah Pun Sebab Owner Tu Tak Letak Anjing Dekat Meja Atau Lantai”

image is not available

“Letak Tanda ‘No Pets Allowed’, Banyak Negara Buat Macam Tu. Bila Customer Bawa Kucing Atau Anjing, Boleh Halau”

image is not available

“Aku Rasa Takat Anjing Macam Tu Tak Pe Kot?”

image is not available

Source: