Bukan keluarga Tun Daim! Rafizi penyumbang terbesar BERSAMA -“Orang itu adalah saya”

LocalPolitics
11 Jun 2026 • 6:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli menafikan dakwaan yang mengaitkan sumber dana Parti Bersama Malaysia (Bersama) dengan keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin, termasuk Toh Puan Na’imah.

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah dan tidak berasas, selain menegaskan ia cuba menggambarkan seolah-olah parti berkenaan dibiayai oleh pihak berkepentingan tertentu.

“Setakat ini, pembiaya terbesar Bersama adalah diri saya sendiri,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Image from: Bukan keluarga Tun Daim! Rafizi penyumbang terbesar BERSAMA -“Orang itu adalah saya”

Mohd. Rafizi berkata, antara perbelanjaan awal termasuk kos pelancaran parti pada 17 Mei yang menelan belanja RM30,000 serta deposit ibu pejabat di Puchong sekitar RM50,000, yang ditanggung menggunakan dana peribadi beliau.

Beliau berkata, selebihnya perbelanjaan parti diuruskan secara berperingkat melalui kaedah hutang sementara sebelum dijelaskan menggunakan hasil yuran ahli dan sumbangan awam.

Bekas Menteri Ekonomi itu memaklumkan kira-kira 27,000 rakyat Malaysia menjadi penyumbang kepada Bersama melalui yuran keahlian, pembelian cenderamata serta sumbangan crowdfunding, dengan jumlah keseluruhan sekitar RM750,000.

Katanya, dana tersebut digunakan untuk membiayai pelbagai operasi termasuk Jelajah Kancil, tempahan barangan, infrastruktur digital, pengubahsuaian ibu pejabat serta bahan kempen.

Dalam masa sama, beliau menegaskan parti itu tidak mahu bergantung kepada mana-mana pihak berkepentingan bagi memastikan kebebasan politiknya kekal terpelihara.

Image from: Bukan keluarga Tun Daim! Rafizi penyumbang terbesar BERSAMA -“Orang itu adalah saya”

Beliau turut memaklumkan Bersama akan menganjurkan majlis kutipan dana pertama pada 27 Jun ini di SJKC Wangsa Maju pada jam 8 malam bagi melancarkan kempen pembiayaan baharu untuk operasi parti dan persediaan pilihan raya akan datang.

Sumber: FB Rafizi Ramli

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved