Bukan kerajaan sebarkan dokumen pengampunan bersyarat Najib

LocalPolitics
24 Nov 2026 • 11:12 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bukan kerajaan sebarkan dokumen pengampunan bersyarat Najib

KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan dakwaan menyebarkan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang mengandungi maklumat sulit berhubung pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga tidak pernah mendedahkan minit mesyuarat berkenaan kepada umum, termasuk melalui mahkamah atau Jabatan Peguam Negara (AGC).

Beliau berkata, Peguam Negara telah menyahklasifikasikan dokumen berkenaan atau memohon supaya dokumen itu dinyahklasifikasikan susulan permohonan yang dikemukakan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, katanya, permohonan berkenaan hanya membabitkan keputusan Lembaga Pengampunan dan bukannya minit mesyuarat seperti yang didakwa.

“Jadi sesiapa sahaja (yang mengedarkan dokumen itu) harus disiasat. Jangan membuat tuduhan yang tidak berasas dengan mengatakan, ‘Oh, kerajaan yang mengedarkannya’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad Fadhli meminta penjelasan mengapa pihak ketiga di luar kerajaan menjadi pihak pertama mendedahkan dokumen berkenaan kepada umum.

Beliau turut mempersoalkan sama ada terdapat kelemahan disiplin dalam kalangan anggota Kabinet sehingga maklumat rasmi yang sepatutnya dirahsiakan boleh tersebar kepada pihak luar.

 

 

The post Bukan kerajaan sebarkan dokumen pengampunan bersyarat Najib appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved