Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Najib kini berstatus dokumen awam - Saifuddin Nasution

LocalPolitics
24 Nov 2026 • 4:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Najib kini berstatus dokumen awam - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah dinyahklasifikasikan daripada Akta Rahsia Rasmi (OSA) kini berstatus dokumen awam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penyahklasifikasian itu dilakukan bagi membantu Peguam Negara menyediakan afidavit untuk menghadapi tindakan semakan kehakiman yang difailkan Badan Peguam Malaysia di mahkamah.

"Pada momen kita nyahkan itu, maka ia dah jadi satu dokumen awam," jelasnya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Rasmi Asia International Security Summit & Expo 2027 (AISSE’27), di sini, pada Selasa.

Sehubungan itu, Saifuddin menyerahkan sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, untuk menggerakkan segala sumber bagi mengesan pihak yang bertanggungjawab sekiranya wujud elemen kebocoran.

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berbahas di Dewan Rakyat pada Selasa menafikan dokumen terbabit disebarkan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) atau AGC.

Tegas beliau, Kementeran Dalam Negeri (KDN) perlu menyiasat bagaimana dokumen berkenaan boleh tersebar lebih awal.

Katanya lagi, atas prinsip ketelusan dan kebebasan, isu berkaitan minit mesyuarat itu sepatutnya tidak diperbesarkan. - Awani 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved