“Bukan kereta aku sorang tapi..” – Lelaki Tak Dikenali Didakwa Buka Pintu Kereta Orang Di Cyberjaya

Entertainment
1 Apr 2024 • 12:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini pernah tular beberapa kes individu yang tidak dikenali telah mengancam keselamatan orang awam.

Perkara yang sama terjadi kepada seorang pengguna TikTok menceritakan kisah keluarganya diganggu oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di tepi sebuah jalan.

Kejadian berlaku di Cyberjaya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @enopropz memaparkan seorang lelaki sedang berjalan di sebuah kawasan yang terletak di Cyberjaya. Pengguna TikTok itu mendakwa lelaki tersebut telah membuka pintu keretanya secara tiba-tiba.

Mamat ni selamba dia je buka pintu kereta aku, dah lah aku bawa adik aku and mak aku. Itu kalau mak aku ke adik aku ke dalam kereta tu.. kalau dia apa-apakan macam mana?

Katanya, lelaki berkenaan juga berani membuka pintu kereta orang lain yang berada di situ.

Bukan kereta aku sorang, kereta semua orang ya.. Nasib baiklah aku tengah berdiri dekat area kereta aku! So, para student, sila berhati-hati ya.

image is not available

@enopropz

Untuk para2 student yang dekat cyberjaya, berhati2 ya! Mamat ni selamber dia je buka pintu kereta aku, dah lah aku bawak mak aku n adik aku, btw bukan kereta aku sorang, kereta semua orang ya. Itu kalau mak aku ke adik aku ke kat dalam kereta tu, kalau dia apa apakan macam mana? Nasib baik lah aku tengah berdiri dekat area kereta aku! So, para para student, sila berhati hati ya.

♬ original sound – enopropz – enopropz

Dah kena jerkah, geleng kepala

Bagaimanapun, pengguna TikTok itu telah merakam tindakan lelaki tersebut yang nampak seperti sedang melarikan diri dan seseorang dalam video telah menjerkahnya. Namun, lelaki itu hanya menggelengkan kepala seolah-olah dirinya tidak melakukan kesalahan.

image is not available
Menjengah di ruangan komen, ada beberapa netizen mendakwa pernah diganggu oleh orang sebegitu di sekitar Cyberjaya dan tempat lain.

image is not available image is not available

Seram betul bila jadi macam ni.. nasib baiklah orang tu tak buat apa-apa.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.