Serik Kena Tipu Dengan Peniaga, Netizen Gesa Jason Reviu Makanan Di Bazar Ramadan – “30 Hari 30 Bazar”

24 Feb 2025 • 2:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, hujung minggu ini, umat Islam akan menyambut bulan yang mulia iaitu Ramadan dan susulan itu, ramai yang sudah mula ‘survey’ untuk mencari juadah berbuka yang berbaloi.

Minta Jason ‘review’ makanan di bazar Ramadan

Kerana tidak mahu membazir dan menjadi mangsa penipuan, netizen menggesa pempengaruh makanan terkenal, Jason untuk mengulas serta mencuba juadah yang dijual di Bazar Ramadan nanti.

Setiap tahun pasti kita akan mendengar keluhan pembeli yang tidak berpuas hati dengan pembelian mereka di bazar kerana peniaga sering menjual makanan ala kadar, bahkan ada yang menjual semula makanan yang tidak terjual pada hari sebelum itu.

Kebanyakan netizen setuju dengan ciapan tersebut, di mana mereka berharap Jason akan membuat review kerana yakin pempengaruh itu berkata jujur.

Jason setuju ‘review’ makanan bazar Ramadan

Antara juadah berbuka yang netizen minta Jason untuk review adalah tepung pelita, murtabak serta roti john kerana ini merupakan antara makanan ‘wajib’ dijual di bazar Ramadan serta merupakan pilihan pembeli untuk berbuka puasa.

image is not available

Menjawab permintaan ramai, Jason setuju dengan cadangan tersebut dan akan melakukan review di bazar pada bulan Ramadan.

image is not available 2 weeks ago

“Dia Takkan Perkenalkan Diri Sebagai Influencer, Dia Taknak Special Treatment” - Pemilik Restoran Kongsi Pengalaman ‘Deal’ Dengan Jason