
SANDAKAN: Kerajaan negeri memberi perhatian terhadap masalah penduduk yang sudah lama menduduki kampung tanpa pewartaan, termasuk di kawasan hutan simpan, bagi memastikan mereka dapat terus tinggal secara sah.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata atas sebab itu, usaha diambil bagi mewartakan perkampungan yang sudah lama diduduki seperti dilakukan baru-baru ini menerusi kelulusan kira-kira 40,000 ekar tanah.
Katanya, keluasan tanah yang diwartakan menjadi perkampungan seperti di Sipitang, Tenom dan beberapa daerah lain itu membuktikan komitmen kerajaan dalam menyelesaikan masalah dihadapi penduduk kampung.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kita mahu beri jaminan kepada rakyat supaya mereka ada tempat tinggal secara sah, tidak lagi menjadi setinggan, tapi menjadi penduduk yang sah di kampung yang sudah lama diduduki.
“Sebab itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini kita keluarkan 40,000 ekar dari tanah rizab hutan dan tanah kerajaan untuk dijadikan kampung yang sah.
“Inilah kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini, kita amat prihatin kepada rakyat, dari perkampungan hingga masa depan mereka, yang kurang mampu kita bantu. Hanya dalam kerajaan ini kita mempunyai dasar yang begitu baik,” katanya pada Majlis Penyampaian Tapak Tanah Untuk Pewartaan Kampung Karamunting Baharu, di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Karamunting di sini, pada Jumaat.
Pada majlis itu, Hajiji menyaksikan penyerahan tapak tanah milik Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk diwartakan sebagai Tanah Rizab Anak Negeri untuk Kampung Karamunting Baharu.
Turut hadir Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib; Ahli Dewan Undangan (Adun) Karamunting, Datuk George Hiew; Adun Kuamut, Datuk Masiung Banah; Adun Telupid, Datuk Jonnybone Kurum; Adun Dilantik, Datuk Jaffari Waliam; Ahli Dewan Negara, Senator Anna Bell @ Suzieana Perian, Presiden MPS, Walter Kenson serta Timbalan Pengarah Tanah dan Ukur Negeri, Alan Chua.
Hajiji menyifatkan majlis itu adalah detik bersejarah buat penduduk Karamunting Baharu, kerana ia bukan sekadar acara penyerahan tanah, malah lebih penting lagi membawa pengiktirafan terhadap hak dan sejarah penempatan penduduk yang mendiami kawasan itu sejak lebih beberapa dekad lalu.
Sementara itu, Hajiji mengucapkan terima kasih kepada George atas usahanya memastikan Kampung Karamunting Baharu dapat diwartakan sebagai perkampungan yang sah di DUN Karamunting.
Dalam hal lain, Hajiji mengingatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini supaya mempermudahkan urusan orang ramai yang memerlukan khidmat mereka, seperti permohonan lesen berniaga.
Beliau turut memuji langkah diambil MPS dibawah Presidennya, Walter Kenson yang berjaya mempercepatkan urusan permohonan lesen berniaga, daripada masa berminggu kepada hanya sehari.

