Bukan marketing! Bella Astillah puji Syed Saddiq baik, ubati hati ketika sedih

EntertainmentPolitics
18 Feb 2025 • 6:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah puji Syed Saddiq baik dan menyatakan segala kemesraan yang dipamerkan kepada umum bukanlah sekadar gimik semata-mata.

“Saya tak pernah suka pada gimik. Apa yang korang nampak tu memang betul, bukan untuk marketing.
“Semua ini terjadi dengan sendirinya, tanpa ada arahan atau paksaan,” ujarnya.

image is not available

Bella Astillah puji Syed Saddiq

Bella berkata, Syed Saddiq bukan sahaja sentiasa mendengar keluh kesahnya, malah berperanan sebagai penyembuh hati disaat dirinya dalam kesedihan.

“Saya nak jujur, YB adalah seorang lelaki yang sangat baik. Kalau saya menangis, dialah orang pertama yang akan mendengar dan memberi sokongan.
“Dia adalah pendengar yang terbaik dan tidak pernah membuatkan saya rasa lebih sedih. Malah, dia adalah orang yang membuatkan saya ketawa semula,” katanya lagi.

image is not available

image is not available

Kenyataan Bella itu telah menarik perhatian ramai, seolah-olah memberi bayangan mengenai desas desus mengatakan mereka sedang hangat dilamun cinta.

Sumber: TikTok febbyfeb_98