“Bukan Marketing Tapi..” – Insiden Pasu Pecah, Aliff Syukri Rupanya ‘Prank’ Yana Samsudin

19 Apr 2023 • 8:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selepas didesak orang ramai, usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri akhirnya mendedahkan kejadian sebenar yang berlaku mengenai insiden pergaduhan antara suami kepada pelakon, Yana Samsudin iaitu Fadzil Fariz.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram, Aliff mengakui insiden itu bukan kejadian sebenar sebaliknya telah dirancang untuk sebuah program, Prankap yang akan ditayangkan di Astro Awani pada bulan Syawal ini.

Difahamkan, usahawan berusia 36 tahun itu hanya menjalankan tugas sebagai artis jemputan bagi mengenakan aktres berkenaan.

Bukan itu sahaja, Yana atau nama sebenarnya Norliana binti Samsudin turut dilihat terkejut selepas dimaklumkan dia hanya diprank.

Dalam pada itu, Aliff meluahkan rasa sedih kerana walaupun tiada pergaduhan sebenar yang berlaku dan hanya menjalankan tanggungjawab, dia tetap dikecam teruk oleh netizen.

Saya hanya jalankan tugas sebagai artis jemputan tapi penghinaan netizen kat saya melampau.. sedihh saya awakkk..

Bagaimanapun, rata-rata netizen seolah tidak hairan dengan penjelasan usahawan berkenaan kerana sudah mengetahui kejadian itu hanya lakonan semata-mata.

Meninjau di ruangan komen, ada juga segelintir pihak yang menasihati Aliff untuk berhenti melakukan perkara yang boleh mengundang kontroversi demi membuat konten.

image is not available

Terdahulu, Yana mengalami sedikit kecederaan gara-gara terluka akibat terkena sisa pasu selain diminta untuk membayar ganti rugi lebih kurang RM400,000 kepada Aliff.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Saya Ada Bukti Video" - Yana Samsudin Nafi Insiden Pasu Jatuh Sekadar Gimik , Tak Akan Bayar Aliff Syukri Ganti Rugi RM400k