“Islam tak suka penipuan” – Aliff Syukri Dikecam Lepas Dedah Isu Pasu Pecah Hanya ‘Prank’

Entertainment
19 Apr 2023 • 10:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Berikutan bertubi-tubi kecaman diterima, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya mendedahkan insiden pasu pecah yang melibatkan pelakon Yana Samsudin hanyalah sekadar prank semata-mata.

Menerusi hantaran di Instagram, Aliff meluahkan rasa sedih dihina orang ramai sedangkan dia hanya bertindak menjalankan tugasnya sebagai tetamu program prank dan bukanlah sebahagian kaedah pemasaran murahan seperti yang didakwa, sambil berkongsi video kejadian sebenar.

“Kenapa kalian hina saya? Apa salah saya? Saya hanya buat kerja saya sahaja.

“Saya hanya menjalankan tugas saya sebagai artis jemputan tapi penghinaan netizen kepada saya sangat melampau. Sedih saya,” katanya.

Dia menegaskan tiada sebarang pergaduhan besar berlaku dan ia hanyalah sekadar kandungan untuk program khas raya bersama-sama selebriti tanah air.

Difahamkan, program tersebut daripada pihak Astro dan pranskter adalah daripada Aliff dan suami Yana sendiri.

“Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, ini bukan sebahagian daripada marketing mana-mana pihak, mahupun tiada pergaduhan sebenar berlaku.

“Tapi ini adalah semata-mata perancangan untuk memerangkap Yana Samsudin dalam sebuah program. Diharapkan video ini dapat menjelaskan situasi yang berlaku,” tulisnya.

Netizen kecam buat content prank

Menjengah di ruangan komen, rata-ratanya masih mengecam dan mengkritik content prank yang dibuat. Walaupun bukan daripada pihak Aliff Syukri sendiri, namun ramai sudah meluat dengan content sebegitu.

image is not available
image is not available

Memetik sumber Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, prank adalah dibolehkan selagi tidak melampaui batas. Namun, perbuatan itu menjadi haram dan dilarang jika gurauan keterlaluan seperti menipu, menakut-nakutkan, membuka aib pada orang ramai, dan tidak boleh diterima oleh orang yang diguraukan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.