“Bukan Muslim ke?” – Tindakah Shah Rukh Khan Kongsi Foto Patung Ganesha Buat Ramai Terkilan

Entertainment
4 Sep 2022 • 10:07 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan menjadi bualan hangat warganet apabila baru-baru ini dia ada memuat naik satu hantaran gambar patung Ganesha. Untuk rekod, Ganesha ialah dewa bagi penganut Hindu.

image is not available

Selebriti berusia 56 tahun itu memuat naik gambar tersebut di Instagram yang mempelihatkan patung Ganesha berada di atas sebuah meja yang dipenuhi dengan makanan dan hiasan. Dalam ucapannya, Shah Rukh Khan sempat mengucapkan ‘Happy Ganesh Charturthi’ kepada semua pengikutnya.

Hantaran ini ternyata menarik perhatian ramai peminatnya terutamanya yang beragama Islam. Rata-rata daripada mereka mempersoalkan tindakan Shah Rukh Khan yang seolah-olah tidak menjaga sensitiviti agama memandangkan dia ialah seorang Muslim.

image is not available

image is not available

image is not available

Bagaimanapun, ada juga sebilangan peminat yang memuji Shah Rukh Khan kerana menghormati agama lain. Untuk rekod, isteri bintang Bollywood itu merupakan seorang penganut agama Hindu dan sedang menyambut Hari Ganesha pada ketika itu.

image is not available

image is not available

Sebelum ini juga, Shah Rukh Khan pernah dikecam dengan situasi yang serupa apabila dia memuat naik gambar sembahan dan meminta doa daripada patung tersebut di media sosial.

Mungkin post instagram tu untuk isteri dia kot…

image is not available

Sumber: BBC

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.