‘Bukan nak cakap besar, saya jenis kebal tak layan netizen’

Entertainment
13 Aug 2026 • 9:29 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Bukan nak cakap besar, saya jenis kebal tak layan netizen’

PETALING JAYA – Meski memiliki pengalaman hampir tiga dekad dalam bidang pengacaraan, selebriti versatil Raja Azura tidak kisah digandingkan dengan hos generasi baharu termasuk Keanu Azman yang akan menjadi rakan hos untuk program Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES26) bermula 22 Ogos depan.

Menurut Raja Azura, 53, dia sangat menghargai bakat-bakat baharu yang tanpa segan-silu mengutip ilmu daripada artis senior.

“Saya tidak kisah dan lebih suka bekerja dengan hos yang hadir dari ‘backstage’ ke pentas besar. Biar kita naik dari bawah sebab itu lebih baik dan boleh belajar banyak perkara baru.

“Saya anggap Keanu seperti anak sendiri dan akan didiknya sepanjang kami bekerja bersama nanti sekali gus mahu meninggalkan impak terhadap penonton KES26.

“Apapun saya bersyukur apabila kembali diberikan kepercayaan untuk mengemudi program ini selepas lebih sedekad meninggalkannya,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Ditanya sama ada bimbang dengan respons ramai, dia tidak kisah dengan segala kecaman sebaliknya lebih mengutamakan kualiti kerja.

“Saya jenis kebal. Bukan nak cakap besar tetapi saya tak pernah layan netizen dan tengok komen mereka dalam media sosial.

“Kita lakukan sahaja apa yang mampu, kalau nak puaskan hati semua orang memang tak akan dapat. Ada yang suka dan sebaliknya.

“Kalau penonton gemar cara saya, alhamdulillah dan akan terus doakan mereka yang tidak suka saya itu akan suka satu hari nanti,” ujarnya.

Dia turut mengakui membuat kajian mengenai latar belakang kerjaya seni Keanu untuk mencari titik keserasian antara mereka.

“‘Research’ itu bukan untuk kata terima atau tidak sebaliknya mahu melihat dia seorang pengacara yang bagaimana dan meneliti karakter bagi memudahkan bekerjasama kami.

“Dia juga menunjukkan usaha dengan datang bertemu secara peribadi dan belanja saya makan hanya untuk mendapatkan ilmu pengacaraan.

“Saya pesan kepada Keanu, apa pun terjadi atau orang bercakap — biarkan saja sebab program tetap perlu diteruskan dan paling penting adalah keserasian kami,” jelasnya.

Terdahulu, Raja Azura diumumkan bakal mengendalikan KES26 selepas 11 tahun meninggalkan program realiti tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Bukan nak cakap besar, saya jenis kebal tak layan netizen’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved