Kilauan Emas: ‘Kalau nak komen kami, biarlah yang membina’

Entertainment
13 Aug 2026 • 4:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kilauan Emas: ‘Kalau nak komen kami, biarlah yang membina’

PETALING JAYA – Pengacara Maria Tunku Sabri memohon orang ramai tidak melemparkan komen negatif terhadap setiap artis yang bertanding di pentas Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES26) bermula 22 Ogos depan.

Menurut Maria, 56, sokongan dan kata-kata yang positif adalah sangat penting terhadap mana-mana peserta pertandingan kerana mampu melonjakkan semangat untuk meemberi persembahan terbaik setiap minggu.

“Saya nak minta tolong dengan semua di luar sana, kalau nak beri komen, biarlah yang membina.

“Komen positif penting sebab bila sertai pertandingan, adakalanya emosi akan jadi sangat lemah. Jadi, berilah kata-kata semangat kepada kami semua yang bertanding,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini

Katanya, selain memberikan persembahan menghiburkan, penyertaannya dalam
KES26 juga adalah untuk menyalurkan bantuan terhadap anak seni yang bergelut dengan kesusahan hidup.

“Elakkanlah memberi komen negatif sebab kami memang bukan penyanyi cuma apa yang kami boleh berikan adalah persembahan terbaik untuk menghiburkan penonton.

“Dengan cara ini juga peluang kami untuk membantu anak seni yang memerlukan bantuan bagi meneruskan hidup,” katanya lagi.

Dalam masa sama, dia tidak menyangka dirinya berani hadir ke sesi uji bakat walaupun sedar tidak mampu untuk menyanyi dengan baik.

“Kalau orang tanya, saya sendiri tak sangka boleh pergi uji bakat dan rasa sangat gemuruh.

“Namun sebagai seorang pengacara, saya tahu bagaimana nak sorok perasaan tersebut.

“Saya sahut tawaran Kilauan Emas ini kerana mahu cabar diri sebab memang suka cuba sesuatu yang baru,” ujarnya.

Dia juga meminta orang ramai tidak meletakkan sebarang harapan tinggi terhadap kualiti nyanyiannya kerana bukan dilahirkan sebagai seorang penyanyi.

“Saya pula suka menonton macam-macam program hiburan sedangkan diri sendiri tak pandai menyanyi pun.

“Kalau pergi karaoke, kawan-kawan akan bisik sesama sendiri tak benarkan saya nyanyi dan duduk di tepi sahaja.

“Suami saya pula lebih jahat, dia akan belikan makanan dan dia sendiri akan menyanyikan lagu yang saya suka,” jelasnya.

KES26 turut disertai sembilan lagi selebriti iaitu Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Mubarak Majid, Fazlina Ahmad Daud, Katy Azean (Khaty Azian), Rahim Omar, Zila Bakarin, Amyza Aznan dan Rashdan Baba.

Bakal dihoskan Raja Azura dan Keanu Azman, kerusi juri tetap KES26 pula diisi Datuk Yusry Abd. Halim dan Jihan Muse. – KOSMO! ONLINE

The post Kilauan Emas: ‘Kalau nak komen kami, biarlah yang membina’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved