Usahawan Juliana Mazlan, yang sebelum ini menjadi perhatian kerana mengenakan jaket berbulu dan membawa beg tangan mewah ketika melawat mangsa banjir di Kelantan, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.
Memetik laporan dari World of Buzz, Juliana menjelaskan pemilihan pakaian itu tidak disengajakan untuk kelihatan “glamour”. Keputusan memakai jaket itu dibuat kerana hujan lebat pada waktu kejadian.
“Waktu itu hujan, dan kami tidak mahu membawa payung. Jadi, saya hanya minta anak saya ambil mana-mana jaket yang ada penutup kepala. Niat kami hanyalah untuk membantu mangsa banjir,” katanya.
#skuadprihatinit #kelantan #banjirkelantan2024 #allahummashollialasayyidinamuhammad #fypage #viralkelantan
Terdahulu, tindakan Juliana mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen. Ramai yang mempersoalkan pemilihan pakaian tersebut, dengan menyatakan ia kurang sesuai untuk situasi banjir. Ada juga yang berseloroh mengenai musim hujan, dengan berkata, “Musim hujan kak, belum salji”.
Namun, Juliana menerima segala kritikan dengan hati terbuka kerana baginya, apa yang lebih penting adalah usaha untuk membantu mangsa banjir.
“Saya terima semua pandangan netizen. Matlamat saya dan pasukan hanyalah satu, iaitu membantu mangsa banjir, tidak kira apa orang lain kata,” tambahnya.
Dalam pada itu, Juliana memaklumkan pasukannya berjaya menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan dan menyediakan makanan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tersebut.
The post ‘Bukan niat nak nampak glamour’ – Usahawan jelaskan isu pakai jaket bulu ketika lawat PPS appeared first on The Reporter.



