“Bukan Orang Ketiga” – Rumah Tangga Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Didakwa Bergolak Sejak April

LocalEntertainment
22 Oct 2025 • 10:37 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia kamal uqasha

Kisah rumah tangga pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose, kembali menjadi bualan selepas pelakon wanita itu dilaporkan telah memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Uqasha dijangka hadir ke mahkamah hari ini bagi menghadiri prosiding sebutan cerai kali pertama yang bakal menentukan hala tuju hubungan mereka.

Sudah tidak tinggal sebumbung

image is not available

Sumber terdekat mendedahkan bahawa hubungan pasangan popular ini sebenarnya sudah mula bergolak sejak April lalu, namun ia bukan berpunca daripada kehadiran orang ketiga.

Difahamkan, Uqasha kini tidak lagi tinggal bersama Kamal dan memilih untuk menetap di rumah ibunya buat sementara waktu.

Terdahulu, Uqasha mengundang perhatian apabila berkongsi luahan hati mengenai kesetiaan seorang wanita kepada lelaki.

image is not available

Selain itu, Uqasha turut membuat luahan ‘burn out’ apabila perlu berjauhan dengan anaknya ketika bekerja.

Namun begitu, ketika ditemui media di program MeleTOP malam tadi, Uqasha memilih untuk tidak memberikan sebarang komen lanjut mengenai isu tersebut.

Pssttt! Apa-apa pun, Oh! Media doakan semoga Kamal dan Uqasha dapat selesaikan semuanya dengan baik, demi kebahagiaan anak dan masa depan mereka.

Kredit: Utusan Malaysia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.