Uqasha Senrose fail cerai 1 Oktober lalu

EntertainmentLifestyle
22 Oct 2025 • 10:25 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pelakon popular, Uqasha Senrose dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, pelakon Kamal Adli, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 1 Oktober lalu.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, dijangka hadir ke mahkamah hari ini bagi prosiding sebutan pertama kes perceraian tersebut.

Sumber mendedahkan bahawa rumah tangga pasangan berkenaan mula bergolak sejak April lalu, namun menegaskan tiada unsur orang ketiga yang menjadi punca keretakan hubungan mereka.

Difahamkan, pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung dan Uqasha kini menetap di rumah ibunya sejak beberapa bulan lalu.

Sebelum ini, beberapa hantaran berbaur luahan hati Uqasha di media sosial mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen yang mengaitkannya dengan masalah rumah tangga.

Baca juga:

Namun begitu, ketika ditemui media selepas menghadiri program MeleTOP malam tadi, Uqasha memilih untuk tidak memberi sebarang komen berhubung isu berkenaan.

Uqasha dan Kamal Adli mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Pasangan selebriti ini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.