Bukan pendaratan cemas, helikopter ‘Flying Doctor Service’ jalani latihan

4 Nov 2026 • 11:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bukan pendaratan cemas, helikopter ‘Flying Doctor Service’ jalani latihan

PETALING JAYA – Dakwaan mengenai sebuah helikopter ‘Flying Doctor Service’ (FDS) atau Perkhidmatan Doktor Udara melakukan pendaratan cemas di kawasan tanah lapang bersebelahan Perumahan Sri Pertiwi, berhampiran Econsave Kidurong, Bintulu, Sarawak adalah tidak benar.

Sebaliknya, kejadian yang tular di media sosial itu merupakan sebahagian daripada latihan pendaratan.

Perkara itu disahkan menerusi laporan verifikasi oleh Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu.

Menurut laporan itu, helikopter tersebut dikendalikan oleh syarikat pemiliknya sendiri bagi tujuan penerbangan ke Miri.

“Pendaratan yang disaksikan orang awam di lokasi tersebut merupakan sebahagian daripada latihan pendaratan atau ‘landing exercise’, bukannya insiden kecemasan.

“Kejadian tersebut tidak melibatkan operasi mahupun kakitangan kesihatan FDS,” katanya.

Dalam pada itu, tiada mangsa atau kecederaan dilaporkan, manakala latihan pendaratan tersebut berjalan lancar dan terkawal.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. – KOSMO! ONLINE

The post Bukan pendaratan cemas, helikopter ‘Flying Doctor Service’ jalani latihan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved