Tragedi Flying Doctor: Sudah sebulan, waris persoal isu kebajikan -“MOH buat apa?”

LocalPolitics
6 Oct 2026 • 2:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sudah sebulan tragedi helikopter Flying Doctor Service (FDS) di Sarawak berlaku, namun isu kebajikan waris mangsa termasuk soal pampasan masih menjadi persoalan.

Luahan kekecewaan terhadap MOH

Menerusi hantaran yang dikongsi di balu kepada juruterbang helikopter FDS, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, Izzati Syamimi  seorang isteri kepada mangsa tampil meluahkan kekecewaan menerusi media sosial selepas mendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan pusat masih belum memberikan penjelasan yang diharapkan.

Image from: Tragedi Flying Doctor: Sudah sebulan, waris persoal isu kebajikan -“MOH buat apa?”

Persoal sikap berdiam diri pihak berwajib

Menerusi perkongsian tersebut, waris berkenaan mempersoalkan sikap berdiam diri pihak berkaitan yang dilihat seolah-olah menyerahkan urusan kebajikan mangsa sepenuhnya kepada syarikat pengendali helikopter, Layang Layang Aerospace.

Beliau turut mempersoalkan peranan KKM dalam memastikan kebajikan petugas kesihatan yang terkorban ketika menjalankan tugas rasmi terbela.

Image from: Tragedi Flying Doctor: Sudah sebulan, waris persoal isu kebajikan -“MOH buat apa?”

Keadilan perlu diberikan sama rata

Lebih mengecewakan, beliau turut menyuarakan rasa tidak puas hati apabila keadaan suaminya dibandingkan dengan petugas KKM lain.

Menurutnya, soal keadilan perlu diberikan kepada semua mangsa tanpa mengira status pelantikan kerana mereka tetap menjalankan tugas demi masyarakat.

Image from: Tragedi Flying Doctor: Sudah sebulan, waris persoal isu kebajikan -“MOH buat apa?”

Image from: Tragedi Flying Doctor: Sudah sebulan, waris persoal isu kebajikan -“MOH buat apa?”

Selain isu pampasan, waris turut berdepan kesukaran mendapatkan semula barangan peribadi milik arwah yang masih berada dalam simpanan pihak polis.

Ketidakpastian mengenai tempoh pemulangan barangan tersebut dikatakan menambahkan lagi beban emosi yang ditanggung keluarga mangsa.

Image from: Tragedi Flying Doctor: Sudah sebulan, waris persoal isu kebajikan -“MOH buat apa?”

Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan keadaan waris serta berharap KKM dan kerajaan dapat memberikan penjelasan berhubung isu kebajikan, pampasan dan barangan peribadi mangsa.

Sumber: Thread izzatisyamimi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved