Bukan pengecut! Caprice nafi takut ulas, terikat dengan perintah injuksi

Entertainment
7 Jun 2024 • 9:45 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi rap sensasi, Caprice nafi takut ulas atau memberi maklum balas mengenai isu semasa membabitkan dirinya pada ketika ini.

Dia memaklumkan perkara tersebut menerusi sebuah hantaran di platform Instagram, semalam.

Caprice nafi takut ulas

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menafikan dakwaan tersebut dan semalam namanya dipetik berkali-kali oleh warganet untuk diminta mengulas untuk kes berhubung personaliti dakwah, Ebit Lew.

image is not available
image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Caprice berkata, dia mendiamkan diri kerana patuh akan perintah injuksi yang diterimanya daripada ‘pihak’ berkenaan.

“Bukan sebab kita goyang atau takut nak ulas.
“Tapi sebab ada orang berjaya pasang injuksi sejak Februari 2024,”maklumnya dalam Instagram Story.

image is not available

Caprice minta maaf, tetap teruskan kes

Susulan itu, Caprice tampil membuat permohonan maaf kerana tidak boleh mengulas atau memberi sebarang kenyataan membabitkan nama ‘individu berkenaan atas perintah injuksi.

“Untuk pengetahuan semua, sejak Februari 2024, Caprice terima satu injuksi untuk tak boleh ulas, cover, respon, sebut nama orang tersebut.
“Dan semua komen memang kena padam kalau orang sebut je nama dia, Caprice akan kena juga. Minta maaf ya, kes kita tetap jalan,”katanya.

image is not available

Semalam, Ebit Lew tetap teruskan saman fitnah terhadap penyanyi rap, Caprice dan TikToker Indonesia, Mondy Tattoo meskipun dia tidak akan didakwa atas tuduhan merogol selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk enggan meneruskan ia.

Sumber: Instagram Ariz Ramli