Bulan puasa ajak check-in, Caprice dedah perbualan mangsa gangguan seksual

31 May 2024 • 3:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Caprice dedah perbualan mangsa gangguan seksual

Selebriti media sosial, Caprice dedah perbualan mangsa gangguan seksual sebaik tular laporan berhubung seorang pempengaruh Islamik didakwa membuat panggilan lucah baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman InstaStory, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menunjukkan beberapa tangkap layar perbualan antara pelaku dan mangsa melalui aplikasi WhatsApp.

Dalam perkongsian itu, pelaku tersebut cuba untuk menggoda mangsa dan apa lebih mengejutkan, si lelaki didakwa mengajak mangsa ‘check-in’ di hotel ketika bulan puasa.

Caprice dedah perbualan mangsa gangguan seksual

image is not available

image is not available

image is not available

Bukan itu sahaja, Caprice turut menyeru kepada mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa tampil memberi kerjasama dan menghubunginya bagi mengumpul lebih banyak bukti.

“Kalau ada mangsa-mangsa lain tapi takut ke hadapan, boleh mesej kami. Insya-Allah kami bantu janji bukti-bukti lengkap,” tulisnya lagi.

Dalam perkembangan lain, penyanyi lagu Xde Hal Bro itu seakan-akan memberi bayangan bahawa pelaku adalah golongan yang mengajak orang ramai mendekati agama Islam.

“Dekat luar, buat nampak macam nak buat orang lagi rapat dengan agama.

“Tapi dalam diam, cari mangsa, dan cuba ajak mereka ke jahanam..Idola agama korang!” dakwanya.

Caprice dedah perbualan mangsa gangguan seksual

image is not available

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang pempengaruh berusia 27 tahun ditahan pihak polis selepas didakwa menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita menerusi panggilan video.

Walau bagaimanapun, pempengaruh itu sudah dilepaskan dengan jaminan sebaik selesai memberikan keterangan.

Sumber: Instagram @Caprice