‘Bukan pengecut tetapi rela tidak baca’ – Marsha abaikan Threads

EntertainmentLifestyle
29 Aug 2026 • 2:05 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

image is not available

KUALA LUMPUR – Tidak gemar terbawa-bawa emosi dan terdedah dengan perkara negatif berkaitan hal peribadi orang lain, penyanyi Marsha  mengakui jarang menggunakan aplikasi Threads yang disifatkan terlalu lantang buatnya.

Bukan pengecut untuk berdepan realiti kejam media sosial, menurut Marsha, 40, dia lebih selesa mengelak daripada membaca dan mengambil tahu perkara yang tidak patut membelenggu fikirannya.

“Saya jarang dan kurang aktif guna platform Threads. Bukan nak cakap saya pengecut tetapi saya rela untuk tidak membaca apa yang tak sepatutnya.

“Jadi, sebelum saya terbaca apa yang tak patut itu, saya tak masuk sangat pun Threads.

“Kalau ada benda yang penting nanti adalah orang akan maklumkan kepada saya,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Bagaimanapun, Marsha mengakui pernah terdorong untuk memberikan respons selepas terbaca komen berkaitan persembahannya, terutama apabila ada individu yang memahami konsep dan visual yang cuba disampaikan.

Katanya, lambakan komen negatif terhadap pelbagai isu juga membuatkannya lebih berhati-hati menggunakan platform tersebut.

“Ada juga komen negatif mengenai diri saya.

“Pernah juga terbaca benda tak bagus, tapi bukan tentang saya. Jadi, saya rasa ini tidak sihat.

“Mungkin sebab itu saya rasa Threads terlampau lantang untuk saya,” katanya lagi.

Ujarnya, dia tidak kisah memilih untuk kurang aktif dalam platform tersebut walaupun menyedari Threads mempunyai kepentingan dalam membantu artis membangunkan kerjaya serta mempromosikan hasil kerja.

“Mungkin tidaklah sepenuhnya toksik tetapi daripada saya terbaca atau berada dalam situasi yang tak patut tahu, tak mengapalah kalau kurang aktif.

“Saya pilih untuk abaikan Threads meskipun sedar media sosial sangat penting untuk pembangunan seorang arti.

“Namun mungkin saya bukan artis yang seperti itulah (lantang dalam Threads),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Bukan pengecut tetapi rela tidak baca’ – Marsha abaikan Threads appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved