Bukan Penghalau Lipas, Ini Fungsi Sebenar Ubat Gegat

Health & Fitness
14 Mar 2023 • 12:30 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ubat gegat

Selalu kita fikir bahawa penggunaan ubat gegat di rumah bertujuan untuk menghalau lipas, bukan? Tapi, dakwaan tersebut adalah salah!

Ubat gegat yang dikatakan mampu menghalau lipas adalah sekadar mitos sahaja. Jom, kita ikuti satu perkongsian mengenai ubat gegat oleh Naim AJ Pest.

Fungsi ubat gegat

image is not available

Ubat gegat sebenarnya racun bagi serangga yang bernama Gegat atau Silverfish. Kebiasaannya masyarakat akan memanggilnya sebagai ulat buku dan selalu disalah sangka sebagai anak lipan.

Serangga ini termasuk dalam serangga perosak kategori Crawling Insect Pest. Meskipun tidak mempunyai bisa, namun ia mampu merosakkan banyak benda dan perabot di rumah. Gegat ini merupakan serangga yang bergerak pantas dan menyukai tempat yang lembap dan sejuk.

Oleh disebabkan pergerakannya yang pantas dan sukar disembur aerosol, ubat gegat digunakan bagi menghalaunya. Ubat gegat diperbuat daripada bahan bakar iaitu Dklorobenzina atau Naftalena (Naphtalene).

Bahan racun

image is not available

Bau yang terhasil daripada ubat gegat merupakan gas yang meruap di udara dan mampu memberi kesan kepada serangga Silverfish ini meskipun tersorok dalam celahan lipatan baju. Ubat gegat juga mampu menghalau serangga lain seperti Moth Ball dan Kamitetep juga tau.

Walau bagaimanapun, penggunaan ubat gegat yang berlebihan mampu membahayakan kesihatan. Jadi, jangan letak racun ini berhampiran dengan bahan makanan ya.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media