Bukan perangkap! MAIS nafi JAIS ‘kenakan’ Nik Nazmi, tindakan dibuat atas aduan

LocalPolitics
18 Oct 2026 • 12:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Dakwaan kononnya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memerangkap bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kes khalwat adalah tidak benar, menurut Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Siasatan dibuat berdasarkan aduan

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Pengerusinya, Datuk Salehuddin Saidin menyatakan, JAIS menjalankan siasatan berdasarkan aduan yang diterima serta mengikut peruntukan undang-undang, bukannya memanipulasi keadaan untuk mengenakan individu tertentu.

“Kami juga ada tanggungjawab mengikut undang-undang apabila aduan dibuat, kami perlu melakukan siasatan secara menyeluruh,” katanya.
Image from: Bukan perangkap! MAIS nafi JAIS ‘kenakan’ Nik Nazmi, tindakan dibuat atas aduan

Foto: Harian Metro

Mohon orang ramai bagi ruang jalankan siasatan

Sehubungan itu, Salehuddin meminta orang ramai memberi ruang kepada JAIS untuk melengkapkan siasatan sebelum membuat sebarang kesimpulan berhubung kes berkenaan.

Beliau turut menjelaskan, tindakan pendakwaan hanya akan dipertimbangkan sekiranya siasatan menemukan keterangan yang jelas dan mencukupi.

“Percayalah JAIS akan melakukan sebaik mungkin siasatan dan kalau ada keterangan jelas, akan buat pertuduhan di mahkamah,” ujar beliau.

Menurut Salehuddin, pendedahan mengenai penahanan itu kepada masyarakat bertujuan menjelaskan bahawa pihak berkuasa agama mengambil tindakan terhadap aduan yang diterima.

Katanya, pematuhan terhadap prosedur undang-undang amat penting bagi mengelakkan timbulnya dakwaan bahawa tindakan penguatkuasaan dilakukan secara sewenang-wenangnya.

“Kita mengambil tindakan berdasarkan undang-undang dan sekiranya dilakukan tanpa peraturan dan sebagainya, kita juga akan ditohmah,” ujarnya lagi.

Image from: Bukan perangkap! MAIS nafi JAIS ‘kenakan’ Nik Nazmi, tindakan dibuat atas aduan

Mengulas lanjut mengenai status dua individu yang ditahan, Salehuddin berkata, kedua-duanya dibebaskan selepas keterangan direkodkan dan dilepaskan dengan jaminan.

Terdahulu, dalam satu kenyataan, Nik Nazmi mengesahkan dirinya merupakan salah seorang daripada dua individu yang ditahan JAIS dalam satu insiden di Petaling Jaya pada Khamis.

Pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama) itu menjelaskan, beliau bersama rakan-rakannya pada awalnya mengadakan perbincangan di sebuah studio di Brickfields, Kuala Lumpur sebelum memutuskan untuk meneruskannya di Petaling Jaya bagi melihat beberapa bahan berkaitan projek yang dibincangkan.

Sumber: Sinar Harian (Mohd Izzatul Izuan Tahir)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved