Jangan tumpang aib raih pengikut media sosial – Amirudin

LocalPolitics
17 Oct 2026 • 11:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jangan tumpang aib raih pengikut media sosial – Amirudin

SHAH ALAM – Masyarakat diingatkan agar tidak menjadikan aib orang lain sebagai modal meraih perhatian dan pengikut di media sosial berhubung kes khalwat membabitkan bekas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ruang sepatutnya diberikan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan, bukannya membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan.

Menurutnya, tindakan sedemikian tidak membawa manfaat kepada masyarakat, sebaliknya boleh menjejaskan maruah individu terbabit ketika kes masih dalam siasatan.

Katanya, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tersebar di media sosial itu juga tidak mempunyai kaitan dengan aktiviti penahanan yang diperkatakan.

“Kalau ada kesalahan dibuat, kita juga harus menjaga air muka dan aib kepada yang tersangkut sebab mungkin ada kesilapan dilakukan atau ada perkara yang tidak dapat dielakkan dan perkara ini baru di peringkat siasatan.

“Belum lagi di peringkat pendakwaan dan sebagainya, jadi beri ruang kepada pihak penguat kuasa untuk melakukan siasatan dan kita tak bolehlah membuat jangkaan, sangkaan, sebarkan yang bukan-bukan,” katanya selepas Majlis Hafazan Al-Quran dengan Qiraat Peringkat Negeri Selangor di sini, malam ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, penyebaran rakaman CCTV berkenaan mungkin dilakukan atas tujuan tertentu termasuk meraih perhatian dan meningkatkan jumlah pengikut di media sosial.

“Tindakan (menyebarkan rakaman CCTV) tidak memberikan manfaat kepada masyarakat dan komuniti,” jelasnya

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjalankan penguatkuasaan berdasarkan aduan yang diterima sebelum siasatan dilakukan mengikut prosedur ditetapkan.

“Setiap tindakan dibuat berdasarkan aduan yang diterima, diikuti siasatan sebelum tindakan diambil apabila terdapat kecurigaan atau syak wasangka,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Nik Nazmi mengesahkan dirinya merupakan salah seorang individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kes berdua-duaan dengan seorang wanita bukan mahram di sebuah tempat tertutup di daerah ini kelmarin. – KOSMO! ONLINE

The post Jangan tumpang aib raih pengikut media sosial – Amirudin appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved