Bukan Pertama Kali Berlaku, Fenomena Matahari Bertukar Biru Buat Ramai Gelisah

29 Sep 2023 • 1:24 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berubah dari jingga ke biru?

Bukan Pertama Kali Berlaku, Fenomena Matahari Bertukar Biru Buat Ramai Gelisah. Peminat astronomi di Britain terkejut pagi semalam apabila mereka melihat matahari menjadi biru dengan gambar keganjilan itu membanjiri aplikasi X, lapor portal berita Mailonline.

Sebilangan netizen membincangkan fenomena ganjil tersebut dengan seorang daripada mereka berkata: “Tidak pernah melihat matahari biru sebelum ini. Saya masih ingat matahari (berwarna) oren gelap dan merah apabila Ribut Ophelia 2017 mengubah haluan asap kebakaran hutan Portugal ke Britain. Mengapa warna biru kali ini?”

image is not available
Bukan Pertama Kali Berlaku, Fenomena Matahari Bertukar Biru Buat Ramai Gelisah. Kredit: Daily Mail

Seorang lagi netizen menulis di laman X: “Kita mempunyai matahari biru yang menakutkan hari ini (semalam) di Twickenham.”

Bagaimanapun, bercakap kepada MailOnline, Timbalan Ketua Kaji Cuaca Pejabat Meteorologi Britain, Dan Harris berkata: “Pengaruh angin Barat yang kuat terhadap cuaca Britain pada masa ini. Ia membawa udara dari Amerika Utara ke Eropah.

image is not available

“Udara ini mengandungi asap dari kebakaran hutan Kanada. Gabungan asap dan awan tinggi di atmosfera menyerakkan cahaya matahari serta mewujudkan anjakan warna yang luar biasa,” katanya.

Fenomena aneh itu bukan kali pertama berlaku.

Pada tahun 1950, matahari kelihatan biru di Ontario, Kanada berikutan ribut api Chinchaga iaitu salah satu kebakaran terbesar yang pernah direkodkan di Amerika Utara.

Baca lagi artikel menarik: