Fenomena Matahari Menjadi Biru Buat Penduduk Britain Terkejut

29 Sep 2023 • 7:16 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Peminat astronomi di Britain gempar apabila mereka melihat matahari menjadi biru pada pagi semalam.

Penduduk terkejut, tak pernah lihat matahari menjadi biru

Memetik laporan dari Daily Mail, perkara berkenaan tular di aplikasi X apabila masing-masing menyuarakan keganjilan tersebut.

Mereka akui tidak pernah melihat matahari menjadi biru seperti itu walaupun sebelum ini pernah ada yang melihat matahari berwana oren gelap dan merah sewaktu Ribut Ophelia pada 2017 yang mengubah halian asap kebakaran hutan Portugal ke Britain.

Terjadi matahari biru disebabkan westerly

Walau bagaimanapun, menurut Dan Harris, Timbalan Ketua Peramal Cuaca di Pejabat Met telah menjelaskan bahawa ia terjadi disebabkan pengaruh westerly terhadap cuaca.

“Kita mempunyai pengaruh westerly yang kuat terhadap cuaca pada masa ini dan ini boleh membawa udara dari Amerika Utara ke Eropah dalam sistem cuaca.

“Udara ini mengandungi asap dari kebakaran hutan di Kanada. Gabungan asap dan awan tinggi di atmosfera boleh menyerakkan cahaya matahari, seterusnya mewujudkan anjakan warna yang luar biasa,” kata Harris.

Asap yang meresapkan cahaya matahari

Dalam pada itu, penyampai cuaca ITV yang dikenali Chris Page turut menjelaskan fenomena apa yang sedang terjadi sebenarnya.

“Saya dapat banyak soalan mengenai matahari kelihatan biru yang menakutkan hari ini. Ia adalah asap yang meresapkan cahaya matahari dan ditarik merentasi Atlantik dari Amerika Utara kerana Ribut Agnes,” kata Page.

Ujarnya lagi, setiap warna yang dilihat mempunyai gelombang yang berbeza.

Untuk rekod, matahari kelihatan biru ini pernah terjadi pada 1950 di Ontario, Kanada berikutan ribut api Chinchaga iaitu salah satu kebakaran terbesar yang pernah direkodkan di Amerika Utara.