“Bukan prank!” – M.Nasir ‘Join’ Team RSG Malaysia Untuk Mobile Legends: Bang Bang!

Entertainment
29 Jul 2022 • 5:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

“Di mana bumi ku pijak, di situ langit ku junjung, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”

Siapa sangka penyanyi dan komposer terhebat tanah air Datuk M.Nasir kini bergelar pemain e-sports mewakili team RSG Malaysia.

M.Nasir yang bukan calang-calang dalam industri muzik tanah air itu, disahkan menyertai team tersebut selepas diumumkan dalam laman Instagram rasmi kumpulan e-sports itu.

Menurut laporan The Star, penyanyi lejen itu bakal menyarung jersi RSG Malaysia sebagai pemain flex atau pemain tambahan yang menggunakan nama ‘Sifu’ untuk permainan Mobile Legends: Bang Bang!.

Pengarah negara RSG Malaysia, Johnny Tan berkata ia bukan satu prank walaupun terdapat beberapa pihak yang menyatakan sebegitu selepas pengumuman itu dilakukan

“Dia menyertai pasukan sebagai salah seorang pemain dan dia juga akan mengambil peranan sebagai mentor kepada pasukan.

Disebabkan umur dan pengalamannya, dia juga akan dapat menasihati pasukan tentang cara untuk menjadi lebih tenang dan kurang ‘kan cheong’ (gugup),” katnya.

Difahamkan, perbincangan mengenai perkara ini telah lama diadakan kerana M.Nasir sendiri merupakan pemain kasual permainan tersebut dan ingin menceburi bidang e-sports.

Sebelum ini, RSG Malaysia telah memberi maklum balas kepada peminat di Facebook dengan berkongsi foto M. Nasir memakai jersi pasukan RSG semasa latihan untuk konsertnya yang akan datang.

Apa je M.Nasir ni tak boleh buat? Memang lejen!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article