
Di Malaysia, sesetengah perkara memerlukan sijil sebagai bukti orang tersebut mahir ataupun menguasai sesuatu bidang. Contohnya, jika seseorang itu mahu memohon kerja dalam bidang undang-undang, dia perlu mempunyai sijil diploma atau sarjana muda.
Terbaharu, seorang individu di TikTok mendakwa sijil adalah agenda Yahudi yang mana ia ‘mengangkat’ manusia untuk disembah.
“Pelajar cemerlang, pelajar harapan…”
Di TikTok @saadabiwaqas7, individu tersebut berkata gelaran pelajar terbaik, cemerlang, harapan berkait rapat dengan Dajal. Dia juga menyentuh sistem pendidikan yang menjadikan kehebatan manusia sebagai ideologi.
Artikel berkaitan: “Was-was jangan pergi makan lah” – Ceddy Pertahankan Kenapa Darsa Masih Belum Dapat Sijil Halal
Artikel berkaitan: “Permohonan ikut prosedur” – Isu Tukar Maklumat Sijil Lahir Myra Natasya, Ini Respon JPN
Pelajar cemerlang, terbaik, harapan adalah salah satu bentuk Dajal mengangkat manusia sebagai Tuhan yang disembah. Sistem pendidikan ini mengangkat kehebatan manusia yang dipanggil IDEOLOGI (maksud ideologi adalah “AKU TUHAN”). Sedangkan yang perlu diangkat hanyalah Allah.
Selain itu, dia mendakwa subjek sains, fizik dan matematik merupakan ilmu pembangunan moden dan sekolah-sekolah di seluruh dunia diwujudkan untuk melahirkan pekerja-pekerja Dajal dan bukannya pemikir.
@alepza11 Sijil/dokumen/tauliah adalah untuk memastikan pemegang itu layak dengan apa yang diberi/ditauliahkan samada jawatan/pendidikan/pencapaian dan lain-lain. #dralphazaki
Sijil tauliah untuk elak orang menipu
Pun begitu, seorang doktor juga pempengaruh di TikTok @alepza11 telah membidas dakwaan individu tersebut dengan berkata sijil pentauliahan adalah penting untuk mengelak daripada mereka yang suka mengambil kesempatan.
Manusia sifatnya suka menipu, manipulasi.. jadi kena ada sijil dokumen atau tauliah yang dikeluarkan oleh badan berautoriti atau pemerintah. Contoh mudah, orang datang ke KKM nak rawatan bersubsidi tapi hanya warganegara yang layak. Jadi, perlu ada kad pengenalan untuk buktikan.
Contoh lain dalam bidang perubatan, jika seseorang mengaku dirinya doktor dan keluarkan produk, namanya perlu ada dalam Majlis Perubatan Malaysia.
Kalau takde, maksudnya dia menipu… tak bertauliah. Itu pentingnya sijil atau pentauliahan untuk memastikan tiada manusia yang menipu. Bukan saja-saja keluarkan sijil untuk agungkan dia ke? takpun.
Doktor tersebut berpendapat perkataan ideologi bukan bermaksud ‘Aku Tuhan’ tetapi perkataan itu berasal daripada perkataan Greek dan secara definisi, ia membawa maksud pemahaman dan mentaliti.
Meninjau ke ruangan balas, ramai netizen bersetuju dengan pendapat doktor itu.

Kalau takde sijil senang orang nak tipu kita..
Sumber: TikTok
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

