“Bukan sakit mental kalau tak pengaruh…” – Tweet Izara Aishah Cetus Perdebatan Netizen?

Entertainment
12 Jan 2024 • 10:56 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau perasan, belakangan ini banyak pula kes yang dikaitkan dengan kesihatan mental. Ada yang memerlukan rawatan pakar tetapi ada juga menggunakan dadah atas alasan untuk mengurangkan sakit yang dihadapi.

Susulan isu yang tengah hangat ketika ini, pelakon Izara Aishah berkongsi satu kenyataan di platform X mengenai pandangannya tentang masalah mental.

Izara dalam hantaran itu berkata, sebarang masalah mental sah jika seseorang itu tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Any mental disorder is valid when you’re not on ice,” katanya.

Perkongsian hantaran itu telah mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial di platform itu susulan isu yang sedang kecoh beberapa hari ini.

Walaupun ada yang setuju, namun tweet pelakon itu turut mendapat pandangan berbeza segelintir netizen yang menganggap kenyataan terbabit berat sebelah mengenai isu penyakit mental.

Menurut seorang individu, sesetengah pesakit menggunakan dadah sebagai jalan keluar paling singkat terutama kepada mereka yang kekurangan sokongan.

image is not available image is not available

Namun, menantu kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza menekankan mengenai pengambilan dadah jenis ‘ice’ (crystal methamphetamine) yang memberi kesan lebih buruk.

Pun begitu, netizen menjelaskan ketagihan dadah juga merupakan salah satu masalah gangguan mental.

Apa pula pandangan korang tentang isu ni?

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.