Bukan Satu Jalan Sahaja: UMW Toyota Motor Perkukuh Strategi Multipathway Mobiliti Bersih di CETA 2025

LocalCars
23 Dec 2025 • 3:42 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available
Datuk Ravindran K.,President UMW Toyota Motor menghadiri Pelancaran Rasmi R.A.C.E to ZERO 2026

KUALA LUMPUR, 19 Disember 2025 — UMW Toyota Motor (UMWT) mengukuhkan komitmennya terhadap peralihan mobiliti bersih menerusi pendekatan Multipathway sempena Clean Energy Transition Asia Summit (CETA) 2025 yang berlangsung dari 10 hingga 12 Disember di Kuala Lumpur.

Sebagai Rakan Asas CETA melalui MobilityX, UMWT tampil bersama kerajaan, industri dan pemain serantau bagi membincangkan solusi mobiliti yang lebih mampan, praktikal dan inklusif untuk Malaysia serta ASEAN.

Pendekatan Multipathway Toyota menekankan bahawa tiada satu teknologi tunggal sesuai untuk semua pasaran. Ia selari dengan keutamaan nasional di bawah National Energy Transition Roadmap (NETR) dan Low Carbon Mobility Blueprint (LCMB), serta berpandukan Toyota Global Environmental Challenge 2050.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K., Toyota memikul tanggungjawab untuk menyokong aspirasi negara melalui penyelesaian yang realistik dan boleh dilaksanakan. Fokus ini merangkumi pembangunan kemahiran, kesiapsiagaan infrastruktur serta pembinaan ekosistem yang membolehkan pengguna beralih ke mobiliti lebih bersih dengan yakin.

Pendekatan technology-neutral ini merangkumi enjin pembakaran dalaman (ICE) yang lebih cekap, kenderaan hibrid (HEV), kenderaan elektrik bateri (BEV) serta kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEV). Setiap teknologi memainkan peranan tersendiri dalam memastikan tiada komuniti atau industri yang tercicir, sambil menyokong agenda pelepasan karbon sifar negara.

image is not available
Toyota Mirai FCEV and Vellfire HEV berada di booth Toyota dipamerkan ketika Clean Energy Transition Asia Summit (CETA)

UMWT turut menegaskan peranan penting hidrogen dalam strategi jangka panjangnya. Antara inisiatif awal termasuk pembekalan Toyota Mirai kepada kerajaan Sarawak melalui SEDC serta pelaksanaan Mobile Hydrogen Refueling Station (MHRS) pertama negara di Putrajaya. Ketika ini, sembilan kenderaan sel bahan api hidrogen Toyota telah digunakan di seluruh negara.

CETA 2025 juga menyaksikan pelancaran rasmi R.A.C.E to ZERO 2026 oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, yang bertujuan mempercepatkan peralihan Malaysia ke arah sasaran pelepasan sifar bersih. Penyertaan UMWT memperlihatkan keselarasan strateginya dengan aspirasi nasional dalam mobiliti bersih.

Selain itu, UMWT terus menyokong pembangunan bakat dan pemindahan teknologi melalui pelaburan jangka panjang dalam pembuatan tempatan serta pendedahan awal kenderaan elektrifikasi kepada agensi kerajaan bagi memahami keperluan sebenar penggunaan tempatan.

image is not available
Mohd Shamsor Mohd Zain, Pengarah Eksekutif, UMW Toyota Motor berucap sempena acara Clean Energy Transition Asia Summit (CETA)

Melalui platform CETA 2025, UMW Toyota Motor memperkukuh kerjasama rentas sektor dan kekal komited dalam menyokong masa depan mobiliti Malaysia yang lebih bersih, inklusif dan berdaya saing.