GRACSHAW Buka Konsep Stor Rasmi Pertama di Bukit Mertajam

23 Dec 2025 • 8:00 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

BUKIT MERTAJAM, 13 Disember 2025 — GRACSHAW secara rasmi melancarkan konsep stor pertamanya di Bukit Mertajam, menandakan langkah penting jenama helmet tempatan itu dalam memperkukuh kehadiran runcit serta hubungan terus dengan komuniti penunggang Malaysia.

Dioperasikan oleh Hock Lee Motor, stor satu tingkat ini direka berteraskan identiti street culture dengan konsep minimalis urban, selari dengan falsafah GRACSHAW yang menekankan gaya hidup penunggang jalanan. Ia menjadi ruang khas untuk pengunjung merasai sendiri dunia GRACSHAW serta barisan produk terkini.

Antara model yang dipamerkan termasuk GENNEX II, GLAIVE dan GLADEON, selain aksesori tunggangan seperti Balaclava, Ear Plugs dan Chroma Visors yang menambah keselesaan dan keselamatan.

Model GLAIVE hadir sebagai helmet open-face berinspirasikan jalanan Brooklyn, ditawarkan dalam koleksi BRUTE dan S3LFMADE, dengan harga bermula RM498. Manakala GLADEON, helmet full-face berimej futuristik Neo-Tokyo, tersedia dalam koleksi MIKAZUKI dan RAIGEKI, lengkap dengan KlearAF Anti-Fog Insert serta aksesori percuma, dijual pada harga RM582.

image is not available
Chiong Sai Weng, Senior Business Development Manager GRACSHAW sedang berucap ketika Majlis Pembukaan Stor Konsep GRACSHAW

Menurut Chiong Sai Weng, Senior Business Development Manager GRACSHAW, pembukaan stor ini menghidupkan tagline FROM STREET sebagai destinasi khusus buat penunggang merasai produk, aksesori dan budaya yang membentuk identiti jenama.

Menjelang ulang tahun ke-20 pada 2026, GRACSHAW turut merancang kolaborasi bersama artis jalanan dan kreatif tempatan, sekali gus mengukuhkan peranannya dalam memacu budaya street-riding Malaysia.

View Original Article