“Bukan Saya Guna Benda Tak Sepatutnya..” – Wajah Makin Cengkung, Segelintir Orang Sangka Aisha Retno Ambil Barang Terlarang

14 Feb 2024 • 11:33 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Oleh kerana kurang makan selepas memakai braces, penyanyi Aisha Retno kecewa apabila ada yang menuduhnya mengambil barang terlarang kerana wajahnya yang semakin cengkung.

Semakin kurus kerana diet

Menurut Aisha, penampilannya yang baru ini berpunca dari rejim diet yang dijalani sejak akhir tahun lalu. Ditambah pula ketika dirinya mula memakai braces, Aisha semakin kurang makan yang mengakibatkan dirinya semakin kurus.

Sejak dapat melayakkan diri ke separuh akhir Muzik Muzik ke 38 akhir tahun lalu saya semakin menjaga pola pemakanan dan kebetulan mula memakai braces.

 

Jadi secara tidak langsung, saya kurang makan sehingga beri kesan yang agak cepat, jadi muka nampak sedikit cengkung, tapi bukan bermakna saya menggunakan benda tak sepatutnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Aisha Retno (@aisharetno02)

Persiapan AJL

Bukan itu sahaja, Aisha juga memberikan sedikit bayangan tentang persiapan persembahannya di Anugerah Juara Lagu (AJL) 38 tak lama lagi. Menurutnya, dia akan menampilkan ramai penari ketika persembahan tersebut.

Aisha juga tidak sabar untuk memperagakan pakaian daripada pereka fesyen terkemuka yang pernah membuat busana Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Brunei iaitu Teh Firdaus.

Saya akan tampilkan ramai penari untuk persembahan di Axiata Arena nanti selain tidak sabar menggayakan busana sentuhan Teh Firdaus, bahkan ini juga julung kali dia hasilkan rekaan baju untuk artis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sharifah Aisha Retno (@aisharetno02)

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 days ago

"Saya Tak Nampak Depan Mata, Tapi Diberitahu" - Rozita Che Wan Beri Penjelasan Isu Pelakon Berimej Alim Ajak Ambil 'Barang Terlarang'