Kieda Crepe Sedih Bisnes ‘Slow’, Nasihat Peniaga Lain Kurangkan Kuantiti & Jaga Kualiti Makanan

Entertainment
17 Jan 2024 • 1:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Adat berniaga ada pasang surutnya. Lebih-lebih lagi di saat ekonomi yang tidak dapat dijangka, ramai peniaga yang terkesan kerana barang jualan tidak laku dan menyebabkan kerugian.

Situasi yang sama berlaku kepada seorang peniaga dessert, Kieda Crepe yang mengadu di Facebook tentang bisnesnya agak slow. Rupanya ramai peniaga makanan lain turut terkesan dan menghadapi kesukaran yang sama.

Minggu ni ramai peniaga terkesan

Di ruangan komen, ada beberapa peniaga berkata kedai mereka terpaksa ditutup hujung tahun lepas disebabkan kurang pelanggan. Ada juga netizen berkata, mereka kurang berbelanja kerana mula menyimpan wang untuk hari raya yang bakal tiba tak lama lagi.

image is not available

image is not available

“Jangan tamak di fasa ni” – Kieda

Susulan hantaran di Facebook itu, Kieda Crepe memuat naik satu video di TikTok miliknya dan memberi nasihat kepada peniaga makanan terutamanya mereka yang membuka gerai-gerai di tepi jalan.

Rupa-rupanya lepas Kieda update, ramai peniaga yang bagi tahu benda sama.. Kieda kami meniaga air tepi jalan. Sebelum ni 4-5 balang habis. Hari ni sebalang pun tak habis.

Menurut Kieda, di fasa orang ramai sedang mengurangkan perbelanjaan, para peniaga makanan perlu membuat inisiatif lain supaya bisnes masih lagi berjalan.

Kepada peniaga, kita kena kurangkan kuantiti dan jaga kualiti. Benda makan ni, kalau kata sedap, orang akan cari walau orang tak ada duit.

Bila dia dah teringin, dia akan saving dan tetap akan beli juga. Cuma yang penting, kualiti dan control kuantiti. Jangan tamak di fasa orang tengah struggle ni.

Kieda juga mendoakan agar para peniaga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan untuk berniaga.

Min pun faham time ni ramai orang struggle, harap para peniaga sentiasa kuat!

Sumber: TikTok, Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.