“Bukan saya nak jadi hero..” – Dikritik Sebab Berebut Cium Hajar Aswad, Hafiz Mahamad Mohon Maaf

Entertainment
4 Mar 2024 • 5:35 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini, kecoh di media sosial tentang seorang influencer dan usahawan perniagaan kosmetik, Hafiz Mahamad yang dikatakan berebut-rebut dengan jemaah lain untuk mencium hajar aswad bersama pasukannya.

Tindakan Hafiz itu ditegur oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mengatakan hukum mencium hajar aswad adalah sunat dan haram jika ia menyebabkan masalah, kesakitan pada diri sendiri dan orang lain.

Terbaharu, Hafiz Mahamad telah memadam video tersebut membuat permohonan maaf. Dia juga menerangkan tujuan dan niat asal video itu dimuat naik bukan untuk mendapat pujian.

Perbuatan tu sunat tapi, cubalah..

Kata Hafiz, perbuatannya dalam video tersebut hanya untuk membantu pasukannya yang ingin mencium hajar aswad. Dia menafikan dakwaan memarahi jemaah ketika sedang bersesak, sebaliknya dia menegur jemaah yang berada di situ.

Cubalah.. ada rezeki tu ada. Walaupun kita tengok keadaan ramai macam tu, jangan panik.. usahalah. Yang saya dekat atas tu bukan saya marah-marah. Saya cuba bagi tahu sebab kat dalam tu bising. Saya bagi tahu haji.. sabar. Don’t push. Women and kids here.

image is not available
Boleh tengok video penuh di sini

Mohon maaf kepada umum, tiada niat untuk content

Hafiz walau bagaimanapun memohon maaf kepada umum jika video itu menyinggung sesetengah pihak dan niatnya hanya mahu dijadikan kenangan untuk pasukannya. Katanya lagi, ramai ustaz telah menghubunginya dan memberi pandangan yang berbeza-beza tentang video tersebut.

Ada juga ustaz yang contact saya. Persepsi mereka berbeza-beza. Ada yang cakap ‘tak payah take out video tu sebab kalau orang tu faham baik, baiklah’. Sebab niat awak adalah awak protect woman, tunjuk cara pergi ke situ.’ Ada lagi satu ustaz, ‘Hafiz takpelah, dah banyak persepsi kita tak boleh kawal walaupun niat awak baik. Better awak take outlah.’

Dia mengambil keputusan untuk memadam video tersebut demi menjaga keharmonian media sosialnya. Video itu mendapat komen positif dan negatif namun dia menganggap persepsi orang berbeza-beza.

Orang bertelagah pendapat, persepsi.. takpelah saya take out. Tapi niat saya bukanlah kerana content. Ada orang yang rekod tu semua. Kami fokus ibadah, kami bukan buat content sampai ibadah terabai. Benda tu dibuat lepas kita buat umrah… yang wajib semua selesai, barulah kita pergi yang sunat. Benda tu dirakam oleh pasukan saya atas dasar kenangan.

Harap kita semua dapat ambil iktibar daripada kisah ni..

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.