“Bukan Saya Suruh Netizen Komen” – Suami Buat Permohonan Injuksi, Madu Miera Liyana Nak ‘Settle’ Cara Baik

26 May 2023 • 11:14 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kemelut rumah tangga di antara suami Miera Liyana iaitu Rosland Othman dan isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib semakin tegang hingga pelakon tersebut sudah mula ikut campur hal mereka.

Kebanyakkan netizen meninggalkan komen kecaman dalam akaun Instagram Miera hingga membuatkan dirinya bersuara.

Susulan itu, Adibah memberi ulasan bahawa dia sama sekali tidak tahu menahu hal yang dituliskan oleh netizen atau mana-mana pihak hingga Rosland buat permohonan injuksi terhadapnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIERA LEYANA (@mieraleyana)

Saya tak ada kuasa, saya tak kenal pun orang yang komen itu. Bukan saya yang suruh orang (netizen) komen pun.

Difahamkan, perintah injuksi yang dibuat oleh Rosland adalah untuk menghalang Adibah, keluarga, rakan-rakan dan ‘agen-agen Adibah’ daripada membuat sebarang kenyataan di platform media sosial sekali gus memberi ganggu kepada dirinya.

Namun begitu, Adibah tetap dengan prinsip berada di pihak yang benar dan memaklumkan dia menerima perintah injuksi daripada suami pada 18 Mei lalu.

Sekadar info, sebutan permohonan injuksi menghalang Adibah dibuat Rosland akan dibawa ke tarikh baru pada Jun depan dan keputusan akan diputuskan oleh pihak mahkamah pada 24 Julai.

image is not available 3 bulan lalu

"Pulanglah Ke Rumah, Bincang Secara Baik" - Masih Sayang Suami, Adibah Madu Miera Liyana Enggan Bercerai

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved