Bukan saya yang nyahklasifikasikan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan -Tony Pua

LocalPolitics
19 Nov 2026 • 3:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua tampil memberikan penjelasan berhubung tindakannya memuat naik sebahagian kandungan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nafi sebarkan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan

Menurut pemimpin DAP itu, perkongsian berkenaan dibuat berdasarkan dokumen yang didakwanya telah dinyahklasifikasikan secara sah, selain hanya merujuk kepada fakta yang terkandung dalam minit mesyuarat tersebut.

Menerusi hantaran di Facebook pada Khamis, Tony Pua menjelaskan bahawa beliau bukan individu yang bertanggungjawab menyahklasifikasikan dokumen berkenaan mahupun terlibat dalam membuat keputusan Lembaga Pengampunan.

“Yang nyahklasifikasikan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan, bukan saya.
“Yang membuat sebarang keputusan dalam Lembaga, bukan saya.
“Kata orang putih, “don’t shoot the messenger”,” katanya.

Terdahulu, Tony Pua berkongsi beberapa muka surat kandungan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan berkaitan permohonan pengampunan Najib menerusi akaun Facebook miliknya pada Rabu.

Walau bagaimanapun, tindakan tersebut mendapat perhatian pelbagai pihak sehingga menimbulkan persoalan mengenai status penyahklasifikasian dokumen berkenaan.

Image from: Bukan saya yang nyahklasifikasikan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan -Tony Pua

Antara perkara yang dibangkitkan termasuk bagaimana dokumen tersebut diperoleh serta sama ada pendedahannya kepada umum telah melalui proses yang sewajarnya.

Susulan itu, Tony Pua mempertahankan tindakannya dengan menjelaskan bahawa beliau hanya merujuk kepada kandungan dokumen yang menurutnya sudah sah dinyahklasifikasikan.

Sumber: Facebook Tony Pua

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved