“Bukan Sebab Compete, Jeles” – Madu Marissa Dania Muat Naik Foto Raya Dengan Suami Untuk Elak Fitnah

Entertainment
13 Apr 2024 • 4:35 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
aslam

Baru-baru ini, selebriti Abby Abadi ada memuat naik momen bertemu dengan menantunya, Aslam buat pertama kali di majlis sambutan hari jadi anak.

Menurut Abby, dia meraikan Syawal kali ini dengan mengajar diri bahawa setiap kesilapan yang dibuat mempunyai ruang untuk diperbaiki.

Di Instagram, madu Marissa iaitu Umisya Mazlan turut memuat naik foto beraya dengan suaminya. Foto itu menjawab teka teki netizen sama ada Umisya masih bergelar isteri kepada Aslam.

Menurut Umisya, dia sebenarnya tidak suka mendedahkan perihal rumahtangga disebabkan hal-hal tertentu.

Foto berkenaan dimuat naik sebagai kenang-kenangan dan mengelakkan fitnah yang lebih besar kepada dirinya.

Yang bertanya, ya kami masih bersama. Misya tak suka nak expose atas asbab tertentu. Bukan sebab competition, jealousy dan lain-lain.

Tulisnya lagi, dia memilih untuk berhenti bertelagah kerana Allah SWT, terutamanya dengan mereka-mereka yang tidak mendengar atau memahami apa yang dia lalui.

Kredit: Instagram Umisya Mazlan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.