“Luka Ada Kesempatan Untuk Diubati” – Salam Menantu ‘First Time’, Marissa Bawa Aslam Jumpa Abby Abadi

Entertainment
12 Apr 2024 • 3:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Syawal bukan sahaja bulan yang penuh kerahmatan, malah inilah masanya untuk kita sesama muslim bermaaf-maafan dan lupakan sengketa lalu.

 

Mengambil keberkatan ini, pada 1 Syawal lalu, selebriti, Abby Abadi atau Arbaiyah Abdul Manan, 47 dilihat berpelukan dan bersalaman buat pertama kali dengan menantunya, Aslam, sekaligus menjernihkan kembali kekeruhan yang berlaku dalam rumah tangga keluarga selebriti itu.

image is not available

 

Marissa Dania, hadir ke rumah ibu kepada bekas suami Abby yang juga selebriti, Norman Hakim di Kuantan, dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri. Video itu dikongsi Abby di laman Instagram miliknya.

image is not available

Abby menerusi hantarannya turut berkongsi rasa bersyukur di atas kesempatan yang ada untuk menzahirkan kemaafan di atas kesilapan lalu.

 

“ Meraikan kemenangan aidilfitri dengan mengajar diri kita bahawa setiap kesilapan memiliki ruang untuk diperbaiki, setiap luka mempunyai kesempatan untuk diubati ”

 

Menerusi video berdurasi 1 minit setengah itu, Marissa dan Aslam disambut oleh Norman dan Memey. Pertemuan itu turut menzahirkan rasa sebak netizen khasnya ketika momen Marissa berpelukan dengan ibunya.

image is not available

Perkongsian itu mendapat pujian banyak pihak dan ramai yang mendoakan kebahagiaan keluarga pasangan selebriti itu.

 

Sebelum ini, berlaku krisis yang menyebabkan hubungan kekeluargaan itu retak, setelah anak perempuan Abby, Marissa Dania bernikah secara rahsia juga tanpa pengetahuan keluarga serta isteri pertama suaminya di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

 

Alhamdulilah, semoga semuanya baik-baik sahaja..

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.