Bukan Sekadar Fast Food, Restoran Chicago 7 Tawar Pelbagai Menu Menarik

5 Nov 2023 • 7:55 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dijamin Halal, ada pelbagai menu menarik di Chicago 7 Kuching

Bukan Sekadar Fast Food, Restoran Chicago 7 Tawar Pelbagai Menu Menarik. Buat penggemar makanan segera yang enak di luar sana, tahukah anda di Sarawak terdapat sebuah franchise fast food yang menarik dan semestinya lazat buat anda!

Baru sahaja mengeluarkan menu baharu, restoran makanan segera ini kini mempunyai pelbagai menu menarik yang lain dari yang lain buat para pelanggan mereka.

image is not available
Bukan Sekadar Fast Food, Restoran Chicago 7 Tawar Pelbagai Menu Menarik. Kredit foto: FB Chicago 7

Menu baru yang anda boleh cuba

Terkenal dengan menu ayam goreng mereka, di sini juga ada menu menarik yang baru seperti Braised Lamb Shank, Aussie Beef Burger, Green Apple Salad, Tripple Sauce Fries dan juga Pumpkin Soup.

Selain daripada menu tersebut, anda juga boleh mencuba menu istimewa di sini iaitu Ayam Goreng Spicy mereka dan juga Nachos Cheezy Burger!

image is not available
Kredit foto: FB Chicago 7

image is not available
Kredit foto: FB Chicago 7

Cawangan Chicago 7 di Kuching

Kini mempunyai banyak cawangan di Kuching, Chicago 7 menjadi pilihan ramai penduduk tempatan kerana menyediakan makanan yang enak dengan harga yang berpatutan.

Untuk anda yang ingin singgah di Chicago 7 Kuching, anda boleh pilih cawangan sama ada di 7 Eastmore, Rubber Road, Emart Batu Kawa, Emart Stutong dan juga Kuching Sentral.

Dapatkan makanan lazat di Chicago 7 Kuching sekarang!

Lagi port makan menarik di Kuching untuk anda di sini:

https://www.iloveborneo.my/sambal-pedas-ngesit-nikmati-hidangan-asli-indonesia-di-bengkel-perut-kuching-ini/

https://www.iloveborneo.my/port-makan-western-kegemaran-penduduk-lokal-nikmati-pelbagai-hidangan-lazat-di-restoran-sharing/