Ini 3 Port Western Food Sekitar Sibu Yang Anda Perlu Cuba

29 Oct 2023 • 5:54 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ngidam Makanan Western?

Ini 3 Port Western Food Sekitar Sibu Yang Anda Perlu Cuba. Selain terkenal dengan Mi Kampua, Sibu juga mempunyai restoran-restoran western yang menghidangkan makanan western yang sedap. Jika anda berada di Sibu dan tiba-tiba rasa nak makan western, berikut adalah 5 tempat makanan western halal yang anda boleh cuba!

Wow Wow West

Restoran ini terletak di 24 & 26, 5th Avenue dan menghidangkan pelbagai makanan western yang sedap! Dikatakan chicken chop mereka memang mantap so sekiranya anda disana, anda harus cuba chicken chop Wow Wow West!

image is not available
Ini 3 Port Western Food Sekitar Sibu Yang Anda Perlu Cuba. Kredit: Wow Wow West

Maklumat Penting:

Lokasi: 24 & 26, 5th Avenue, Lorong Tunku Abdul Rahman 31A, Sibu, Sarawak.

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 9 malam

ZA HANA Station

Lokasi ini terkenal dengan hidangan talam yang dihidang in very, very generous portions! Sesuai untuk makan bersama dengan rakan-rakan atau atau seisi keluarga!

Selain western talam, shellout mereka juga dikatakan best seller di sini. Yang penting, portion mereka sangat berbaloi-baloi untuk dicuba!

image is not available

Maklumat Penting:

Lokasi: Sumber Rejeki, Jalan, Ulu Sungai merah 18F, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali isnin dari jam 5:30 petang hingga 11 malam

Warung BM

Restoran ini terletak di Medan Jaya Commercial Centre dan menghidangkan makanan western yang pelbagai seperti chicken chop, spaghetti, dan lamb chop. Tapi bagi mereka yang tiba-tiba ubah fikiran ketika di restoran dan rasa nak makan makanan lain pula, jangan risau! Disini juga ada hidangan Asian seperti nasi lemak special dan mi Tom Yam dengan udang!

image is not available
Kredit: Warung BM

image is not available
Kredit: Warung BM

Maklumat Penting:

Lokasi: No.2, G/Floor, Lrg Wong King Huo 1D, Medan Jaya Commercial Centre, 96000 Sibu, Sarawak.

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari dari jam 10:30 pagi 10 malam

Sedap-sedap makanan Western hidangan Sibu! Kat mana lagi kedai makanan Western yang anda sudah cuba? Komen dan jangan lupa share!

Baca Artikel Lain Mengenai Sibu :

https://www.iloveborneo.my/siap-ada-set-unlimited-refill-nikmati-hidangan-lazat-atas-daun-pisang-di-volnana-sibu-ini/

https://www.iloveborneo.my/sedap-dan-autentik-ini-adalah-6-hidangan-yang-anda-wajib-cuba-di-sibu/