Semua pasti bersetuju isu jerebu antara topik yang paling hangat dikatakan ketika ini di Malaysia. Ini susulan jerebu yang melanda Malaysia dan negara jiran Singapura akibat kebakaran hutan dan tanah di Indonesia mengakibatkan kualiti udara terjejas sekaligus menyukarkan orang ramai untuk melakukan aktiviti harian.
Terbaharu kerajaan Indonesia meminta Malaysia dan Singapura untuk memahami dan mendakwa bahawa kebakaran hutan dan tanah di republik itu berpunca daripada fenomena alam, bukannya kesilapan manusia.
Menurut Ketua Badan Komunikasi Pemerintah Indonesia (Bakom), Syahganda Nainggolan pihaknya memahami kebimbangan Malaysia dan Indonesia berhubung perkata itu namun beliau menegaskan apa yang berlaku di luar kawalan manusia dan patut dilihat sebagai sebahagian daripada fenomena alam.
“Jadi, kami juga meminta semua negara jiran memahami bahawa perkara ini berlaku di luar faktor kesilapan manusia. Ini benar-benar fenomena alam.”
Indonesia terus beri penjelasan kepada Malaysia dan Singapura mengenai situasi dan usaha tangani kebakaran
Tambah Syahganda, meskipun Malaysia dan Indonesia kini berdepan isu pencemaran udara rentas sempadan namun hubungan diplomatik antara dua negara ini masih baik-baik sahaja.
Malah menurutnya kerajaan Indonesia terus memberikan penjelasan kepada Malaysia dan Singapura mengenai situasi kebakaran hutan serta usaha yang sedang dilaksanakan untuk menanganinya.
Bila tiada asap kami hantar Oksigen, kata Ketua BAKOM RI
Apa yang mencuri tumpuan, Syahganda turut dilaporkan menyebut bahawa negara itu bukan sahaja menyumbang kepada penyebaran asap, malah turut membekalkan oksigen kepada negara jiran melalui kawasan hutan yang luas.
“Kami bukan sekadar menghantar asap, tetapi apabila asap tiada, kami mengirim (menghantar) oksigen.
“Oksigen di Singapura dan Malaysia juga datang daripada hutan-hutan kami,” katanya memetik laporan Kompas.
Video tersebut turut dikongsikan Kompas di Instagram.
View this post on Instagram
Sebagai info Kualiti udara di sekitar Lembah Klang dilihat menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada petang 11 Oktober, namun terdapat 14 stesen di seluruh negara yang masih merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) Tidak Sihat setakat jam 3 petang.

![‘Bukan Sekadar Hantar Asap, Kami Juga Kirim Oksigen Dari Hutan Kami’ – Ketua Badan Komunikasi Pemerintah Republik Indonesia [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/Bukan-Sekadar-Hantar-Asap-Kami-Juga-Kirim-Oksigen-Dari-Hutan-Kami.jpg)
![[VIDEO] Bakar hutan sumbang bekalan oksigen kepada Malaysia, Singapura](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/kebakaran-hutan-indonesia-2-1024x546.jpeg)

