![Image from: [VIDEO] Bakar hutan sumbang bekalan oksigen kepada Malaysia, Singapura](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/kebakaran-hutan-indonesia-2-1024x546.jpeg)
JAKARTA – Republik Indonesia meminta Malaysia dan Singapura menerima hakikat bahawa krisis jerebu rentas sempadan yang sedang berlaku ketika ini adalah fenomena alam sepenuhnya dan bukannya berpunca daripada kecuaian manusia.
Ketua Badan Komunikasi Pemerintah Indonesia, Syahganda Nainggolan, menegaskan bahawa krisis kebakaran hutan berlaku di luar kawalan dan meminta negara jiran memahami situasi tersebut.
Memetik laporan portal Kompas.com, beliau turut mendakwa bahawa kawasan hutan Indonesia turut menyumbangkan bekalan oksigen kepada Malaysia dan Singapura apabila keadaan pulih.
Ujarnya, walaupun berdepan isu jerebu, hubungan diplomatik kekal baik, dengan Perdana Menteri Malaysia mengutus Menteri Luar bagi membincangkan pelan tindakan bersama.
“Kami bukan sekadar menghantar asap, tetapi apabila tiada asap, kami menghantar oksigen.
“Oksigen di Singapura dan Malaysia juga datang daripada hutan-hutan kami,” katanya. – Agensi
The post [VIDEO] Bakar hutan sumbang bekalan oksigen kepada Malaysia, Singapura appeared first on Kosmo Online.



![[VIDEO] Malaysia, Singapura tidak ambil oksigen dari Indonesia](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/faezal-1024x768.jpeg)


