Bukan Sekadar Karnival, Ini Sebab KHPM Melaka Dijangka Tarik 50,000 Pengunjung Hujung Minggu Ini

19 Jun 2026 • 10:14 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah.

Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi Melaka bakal berlangsung dari 19 hingga 21 Jun dengan sasaran lebih 50,000 pengunjung dan pelbagai aktiviti menarik untuk keluarga, anak muda serta usahawan.

Image from: Bukan Sekadar Karnival, Ini Sebab KHPM Melaka Dijangka Tarik 50,000 Pengunjung Hujung Minggu Ini

Bukan sekadar karnival jualan, program anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ini turut menghimpunkan usahawan, agensi kerajaan, penggiat industri dan orang ramai dalam satu lokasi.

Jom tengok 10 aktiviti yang korang boleh buat di sana.

1. Layan Konsert XPDC

Peminat rock mesti tak nak lepaskan peluang menyaksikan persembahan kumpulan legenda tanah air, XPDC yang bakal menggegarkan pentas utama.

2. Terokai Produk Unik Dari Seluruh Malaysia

Melalui Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI), pelbagai produk tempatan daripada usahawan seluruh negara akan dipamerkan kepada pengunjung.

3. Cari Idea Dan Peluang Bisnes Baharu

Bagi yang berniaga atau bercadang nak mula berniaga, KHPM turut mengadakan sesi padanan perniagaan (business matching) yang menghimpunkan pembeli, pelabur, pemborong dan syarikat peneraju industri.

Menariknya, sesi ini menyasarkan potensi urus niaga sehingga RM1 juta.

Image from: Bukan Sekadar Karnival, Ini Sebab KHPM Melaka Dijangka Tarik 50,000 Pengunjung Hujung Minggu Ini

4. Perkhidmatan Nasihat Daripada 9 Agensi KUSKOP

Nak tahu tentang pembiayaan, geran atau latihan keusahawanan?

KHPM menyediakan Kaunter Konsultasi Keusahawanan yang melibatkan sembilan agensi di bawah KUSKOP bagi membantu usahawan mendapatkan maklumat secara terus.

5. Beli-belah Barang Keperluan Dengan Harga Lebih Jimat

Jualan MADANI KUSKOP menawarkan pelbagai barangan keperluan asas dengan harga lebih rendah, termasuk promosi happy hour pada hari terakhir karnival.

6. Menonton Wayang Pacak

Aktiviti klasik yang semakin jarang ditemui tetapi masih menjadi kegemaran ramai.

7. Sertai Treasure Hunt

Bagi yang sukakan cabaran, aktiviti ini sesuai disertai bersama keluarga atau rakan-rakan.

Image from: Bukan Sekadar Karnival, Ini Sebab KHPM Melaka Dijangka Tarik 50,000 Pengunjung Hujung Minggu Ini

8. Melihat Demonstrasi Mencanting Batik

Peluang untuk mengenali seni warisan tempatan dengan lebih dekat sambil melihat sendiri proses menghasilkan batik.

9. Singgah Ke Pameran Automotif Dan EV

Peminat kereta dan teknologi boleh melihat pelbagai pameran berkaitan automotif dan kenderaan elektrik.

10. Naik Beca Berhias Di Sekitar Morten Walk

Kalau dah sampai Melaka, memang tak lengkap tanpa menaiki beca berhias yang menjadi ikon bandar bersejarah itu.

Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti lain seperti Morten Berselawat, E-Sukan, Zumba Lambak, Dapur Aneka Rasa, Sembang Usahawan Selebriti, pertandingan mural dan grafiti, pertandingan mewarna Kelab Nuri serta cabutan bertuah.

Image from: Bukan Sekadar Karnival, Ini Sebab KHPM Melaka Dijangka Tarik 50,000 Pengunjung Hujung Minggu Ini

Image from: Bukan Sekadar Karnival, Ini Sebab KHPM Melaka Dijangka Tarik 50,000 Pengunjung Hujung Minggu Ini

Menurut KUSKOP, penganjuran KHPM bukan sahaja memberi manfaat kepada usahawan, malah dijangka memberi limpahan ekonomi kepada Melaka melalui peningkatan aktiviti perniagaan, sektor perhotelan, makanan dan minuman serta perkhidmatan pengangkutan tempatan.

Jadi kalau korang masih mencari aktiviti hujung minggu, mungkin ini masa terbaik untuk singgah ke Morten Walk dan rasai sendiri kemeriahan KHPM Melaka.

The post Bukan Sekadar Karnival, Ini Sebab KHPM Melaka Dijangka Tarik 50,000 Pengunjung Hujung Minggu Ini appeared first on Borak Daily.