Rafizi, Nik Nazmi letak jawatan? PM Anwar belum rancang rombakan -“Mereka masih bercuti..”

LocalPolitics
29 May 2025 • 11:43 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau masih belum memikirkan sebarang rombakan Kabinet susulan pengumuman peletakan jawatan oleh Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menurut Anwar, pelantikan anggota baharu dalam Jemaah Menteri tidak dapat dilakukan ketika ini kerana kedua-dua Ahli Parlimen itu secara asasnya masih dalam tempoh cuti.

PM Anwar belum rancang rombakan kabinet

image is not available

“Belum (fikir buat rombakan), mereka (Rafizi dan Nik Nazmi) masih bercuti, kita tak boleh ganti orang yang sedang bercuti,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

image is not available

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

image is not available

Terdahulu, Rafizi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun, manakala Nik Nazmi memaklumkan keputusan serupa yang akan berkuat kuasa pada 4 Julai ini.

Sumber: Harian Metro (Mohd Iskandar)