“Bukan semua orang boleh terima lawak kita” – Ryan Bakery Nasihat ‘Influencer’ Jaga Adab

Entertainment
24 Feb 2025 • 5:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak beberapa hari lepas, media sosial hangat dengan isu pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty yang meluahkan rasa kesal dengan tindakan seorang influencer terkenal kerana telah mencemarkan namanya.

Susulan isu itu, content creator popular Ryan Bakery tampil menasihati pempengaruh media sosial agar berhati-hati memuat naik kandungan jenaka yang boleh menyinggung perasaan orang lain.

Menurut Ryan atau nama lengkapnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 29, tidak semua pihak selesa apabila nama mereka dipetik dan digunakan sebagai bahan kandungan video.

image is not available

“Kita perlu berhati-hati apabila membuat konten terutama melibatkan nama seseorang.

“Si pelaku juga adalah seseorang yang dikenali dan begitu juga dengan nama individu yang disebut. Mungkin ada segelintir yang boleh terima jenaka seperti itu, tetapi bukan semua orang sama,” katanya.

Dia yang pernah berhadapan situasi serupa berkata, memohon kemaafan dengan tulus adalah langkah terbaik demi memastikan isu seperti ini tidak dipanjangkan lagi.

“Nasi sudah jadi bubur, minta maaf sahajalah secara profesional dan jangan panjangkan lagi masalah itu. Bila ego tinggi, ia jadi lebih susah dan sukar.

“Sebagai orang muda kita mungkin tidak tahu perasaan orang tua, bukan semua orang boleh terima lawak kita.

“Tentang adab pula, memang sewajarnya ditegur. Adab nombor satu,” jelasnya.

Justeru, dia berharap pempengaruh itu dapat merendahkan ego dan berlapang dada menerima teguran daripada pelbagai pihak.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.